BANTING: Lebih 1,000 kakitangan dan para sukarelawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Azhar Abdul Manaf.
Beliau berkata, antara bantuan yang dihulurkan dalam misi itu ialah baik pulih rumah, membersihkan rumah penduduk terkesan dengan banjir dan memeriksa serta membaiki peralatan elektrik.
“Kalau ikutkan kita telah mula (turun beri bantuan) sejak hari kejadian berlaku Sabtu, Ahad dan Isnin kita (kakitangan) telah bergerak bersama sukarelawan Mara (pelajar dan sebagainya), sepanjang bencana banjir ini berlaku di Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan.
“Kemudian kita telah memberikan khidmat pembersihan rumah... kita juga memberi khidmat bantuan pembaikan peralatan elektrik di mana kita periksa dan baiki kerosakan dengan kekuatan lebih 800 hingga 1,000 di seluruh negeri warga Mara yang terlibat dalam sukarelawan misi banjir ini,”katanya.
Azhar berkata demikian kepada media selepas menyertai Program Membersih Rumah Mangsa Banjir anjuran Kementerian Luar Bandar (KPLB), Mara, dan Kumpulan Mara Corporation di Kampung RTB Bukit Canggang, di sini, hari ini.
Selain Mara, program tersebut turut di hadiri kakitangan di bawah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seperti Risda, Kemas, Felcra serta sukarelawan dari UniKL dan Kolej PolyTech Mara.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, sepanjang musibah ini melanda negara, seramai 287 warga kerja Mara turut terkesan dalam bencana banjir ini.
“Alhamdulillah bantuan disampaikan dalam bentuk kewangan, bakul makanan dan khidmat mencuci rumah ke rumah. Bagi peminjam perniagaan atau pelajaran, kita juga akan buat penjadualan semula dan perkara itu telah pun diumumkan Menteri (Datuk Seri Mahdzir Khalid).
“Banjir ini ketentuan Allah kita diberitahu akan ada gelombang kedua... dari segi persediaan saya telah gerakkan semua pejabat Mara seluruh negara untuk bersiap siaga dan berwaspada dan teruskan program CSR (tanggungjawab sosial korporat) kepada warga Mara dan orang awam,” katanya lagi
Astro Awani
Thu Dec 30 2021

Antara bantuan yang dihulurkan dalam misi itu, seperti baik pulih rumah, membersihkan rumah penduduk terkesan dengan banjir dan memeriksa serta membaiki peralatan elektrik.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Skuad Ihsan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.

Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.

NGO seluruh negara diseru siapkan peralatan hadapi pascabanjir
Banyak infrastruktur asas selain rumah, seperti tempat ibadat termasuk masjid dan surau, terjejas teruk susulan banjir yang melanda.

Banjir: Kerajaan sedia peruntukan tambahan pascabanjir, baik pulih sekolah, PPS - Anwar
Kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan untuk tindakan susulan pascabanjir yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

KPT gerakkan 878 sukarelawan misi bantuan pascabanjir
KPT menggerakkan misi bantuan pascabanjir melalui Briged Sukarelawan IPT dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar.

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah
Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.

Sultan Johor mohon kerajaan salur bantuan khas pascabanjir
Peruntukan khas itu adalah bagi membaik pulih infrastuktur awam termasuk jalan raya yang rosak dan musnah akibat banjir.

Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
Keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan kepentingan awam.