Akan berlaku perubahan yang cukup ketara dari segi tingkah laku dalam kalangan rakyat Malaysia pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dedah firma konsultan Berkshire Media.
Menurut dapatan dari kaji selidik bertajuk COVID-19: Tinjauan Awam Malaysia - Menerokai ketidakpastian dalam tempoh mencabar yang melibatkan 15,340 responden yang mewakili majoriti demografi di negara ini, mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin.
Berkshire Media berkata, keadaan itu sudah hampir pasti menimbulkan impak negatif untuk peruncit serta pengusaha pusat membeli-belah, dimana kesan pemulihan hanya dapat dilihat pada suku tahun pertama 2021.
BACA: PKP dilanjutkan sehingga 28 April
BACA: [INFOGRAFIK] Apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 3
Bagaimanapun, ia berkata, dari segi perbelanjaan pengguna, trend aktiviti membeli-belah dalam talian akan terus kukuh dalam tempoh enam bulan akan datang.
“Walaupun ekonomi gig (penghantaran makanan, e-hailing) akan terus kukuh, sektor pembinaan serta sektor perkhidmatan secara terus ke pelanggan akan melihat penyusutan ketara - terutamanya automotif dan industri berasaskan pembuatan,” menurut laporan itu lagi.
Menurut kaji selidik itu, 60.7 peratus responden merasakan mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas PKP berakhir, 24 peratus masih merasakan tidak selamat untuk berada di luar sana, manakala baki 15.1 peratus merasakan keadaan sudah kembali terkawal.
Sementara itu, 39.3 peratus responden merasakan mereka tidak akan lagi melakukan aktiviti normal seperti ke restoran Mamak, ke tempat awam, malah menghadiri majlis perkahwinan, 48.8 peratus pula memilih untuk keluar jika benar-benar penting, dan baki 11.8 peratus lagi merasakan kehidupan kembali seperti normal untuk mereka.
Dari segi tabiat membeli-belah pula, agak menarik untuk dilihat bahawa 36.7 peratus memilih untuk terus melakukan pembelian dalam talian, tetapi 26.8 peratus tetap cenderung untuk pergi ke pasaraya dan pasar basah.
Dalam kesimpulan kajian itu, Berkshire Media berkata, majoriti rakyat tetap optimis ekonomi Malaysia akan kembali pulih dalam tempoh enam hingga 12 bulan seterusnya, dan itu adalah semangat yang perlu didokong oleh semua pihak bagi memastikan kelangsungan negara ini. - Sumber - Berkshire Media
Firdaus Azil
Sat Apr 11 2020
![Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586241989_premisperniagaan.jpg)
Majoriti responden berkata mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin. - Gambar fail/BERNAMA
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Perokok tidak endah larangan merokok paling popular dibangkitkan netizen - Berkshire Perokok tidak endah larangan merokok paling popular dibangkitkan netizen - Berkshire](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/51547270808_RESTORAN.jpg)
Perokok tidak endah larangan merokok paling popular dibangkitkan netizen - Berkshire
Rungutan mengenai perokok tidak endahkan larangan merokok di premis makanan atau restoran menjadi isu paling popular dibangkitkan netizen.
![PKP: Mula-mula marah, kini rakyat Malaysia makin gembira, lega - Kajian PKP: Mula-mula marah, kini rakyat Malaysia makin gembira, lega - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587360824_Depression.jpg)
PKP: Mula-mula marah, kini rakyat Malaysia makin gembira, lega - Kajian
Namun, kajian yang dilakukan Berkshire Media jelas menunjukkan sifat, perasaan dan kesihatan mental rakyat Malaysia cepat berubah sepanjang PKP.
![Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578116161_Survey.jpg)
Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian
Impak kewangan terutama melibatkan golongan pekerja kelompok B40 dalam industri perkhidmatan dan pembuatan menjadi sebahagian perkara terbesar yang dibincangkan.
![Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586241989_premisperniagaan.jpg)
Pasca COVID-19: Hanya 11.8 peratus merasakan kehidupan akan kembali normal - Kajian
Majoriti responden berkata mereka akan lebih cenderung untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar sebaik mungkin.
![100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif 100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536315250_TunMHarapan.jpg)
100 hari pertama: Persepsi rakyat lebih banyak positif berbanding negatif
Persepsi rakyat terhadap 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dilihat pelbagai iaitu ada yang negatif, tetapi lebih banyak ke arah positif.