Zoo Negara tidak menolak kemungkinan untuk membiarkan pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang mengawan buat kali kedua selepas anak haiwan itu, Nuan Nuan pulang ke China, sebelum hujung tahun ini.
Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli bagaimanapun berkata, ini bergantung pada keinginan pasangan panda gergasi itu untuk mengawan ketika tempoh kesuburan, antara April hingga Mei.
"Oleh kerana pasangan panda hanya akan melalui proses pengawanan sekali sahaja dalam setahun iaitu dari April hingga Mei, kami perlu memantau gerak-geri pasangan itu terlebih dahulu sebelum diletakkan sekali dalam satu sangkar.
"Sekiranya berjaya dan anak kedua mereka dilahirkan, anak panda tersebut akan melalui proses yang sama seperti Nuan Nuan untuk dihantar pulang ke China selepas umurnya genap dua tahun," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Jadi ke-11 Pasangan Panda Gergasi itu di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), hari ini.
Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang; Presiden Zoo Negara Datuk Zaharin Md Arif; dan Timbalan Presidennya Rosly@Rahmat Ahmat Lana.
Dr Mat Naim berkata GPCC mencipta sejarah apabila Xing Xing dan Liang Liang berjaya melahirkan anak panda luar daripada China dalam tempoh terpantas di dunia iaitu dalam tempoh setahun selepas ketibaan mereka dari Chengdu pada tahun 2014.
"Jika dilihat di zoo-zoo dan pusat konservasi panda luar daripada China, mereka mungkin mengambil masa sehingga lima tahun untuk menghasilkan anak mereka," katanya.
Katanya pihaknya sejak bulan lepas, sedang cuba untuk melatih anak panda Nuan Nuan menyesuaikan diri di dalam satu sangkar khas yang akan menempatkannya ketika dihantar pulang ke China menerusi kargo,
"Sangkar khas itu akan diisi dengan makanan kegemarannya dan dilatih untuk berada di dalamnya sekurang-kurangnya enam jam sehari dalam tempoh dua bulan.
"Buat masa sekarang Nuan Nuan hanya berada di dalam sangkar khas itu tidak melebihi sejam dan kami akan terus melatihnya sehingga lebih enam jam kerana perjalanan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chengdu mengambil masa kira-kira lima jam," katanya.
Dr Mat Naim berkata, berat badan Xing Xing kini adalah 130kg, Liang Liang 108kg manakala Nuan Nuan pula 78kg.
"Kami memberi makan sebanyak dua kali kepada haiwan ini setiap hari dan setiap kali sebanyak 30kg buluh, buah buahan dan kek panda akan disuap kepada haiwan ini pada waktu pagi dan petang," katanya.
Sementara itu, Dr Huang berkata kelahiran Nuan Nuan di Zoo Negara merapatkan lagi hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia.
"Kerajaan China juga sangat mengalu-alukan sekiranya pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang masih dapat melahirkan anak kedua mereka di Malaysia selepas Nuan Nuan," katanya dalam bahasa Mandarin.
Pasangan panda gergasi dari Chengdu, China itu yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dan tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.
Program perjanjian antara Malaysia dan China itu ditandatangani pada 2012 dan menerusinya, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi berkaitan panda gergasi selain membangun serta melatih kepakaran tempatan, bagi tempoh 10 tahun.
Berdasarkan perjanjian itu pasangan panda itu akan berada di Malaysia selama tujuh tahun lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017

Panda gergasi, Liang Liang dan anaknya, Nuan Nuan, sedan makan kek hari jadi mereka yang dibuat daripada buluh sempena sambutan Hari Jadi Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini. -fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.