SHAH ALAM: Kesemua pemimpin parti politik khususnya Pas digesa untuk belajar dari negara Islam lain yang maju dalam sektor pelancongan.
Menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan sektor pelancongan negara dapat berkembang.
“Saya ingin mengajak semua khususnya pemimpin Pas agar belajar dari negara Islam yang juga berkuasa besar di peringkat antarabangsa.
“Sebagai contoh Arab Saudi maju dan berkembang dalam sektor pelancongan mereka kerana tidak menafikan hak orang lain yang berbeza agama,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook.
Pada 26 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang peniaga wanita bukan Islam dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selepas didapati memakai pakaian tidak sopan ketika berada di premis perniagaan pakaian.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bintulu itu turut mengingatkan kepada semua pihak bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Beritahu beliau, tidak sepatutnya kompaun itu dikenakan kerana wanita itu masih berpakaian dan pada ketika itu dia berada di dalam premis perniagaan sendiri.
“Dia (wanita dikompaun) bukannya di kawasan tumpuan seperti bangunan kerajaan yang memerlukan orang awam mematuhi kod etika berpakaian.
“Jika kejadian kompaun wanita bukan Islam yang dikatakan berpakaian tidak sopan ini berulang lagi, maka ia akan memberi kerisauan dan impak kepada penduduk tempatan sehingga mampu menjejaskan sektor pelancongan negeri," ujarnya.
Pada masa sama, King Sing menegaskan bahawa orang ramai perlu mendukung Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kekuatan negara.
Katanya, beliau sebagai golongan bukan Islam tidak akan sesekali menafikan atau mempersoalkan hak mana-mana agama atau kaum di negara ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 29 2023
Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan sektor pelancongan negara dapat berkembang. - Foto Sinar Harian
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
King Sing mohon maaf isu cadang Langkawi destinasi pilihan Muslim
Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf berhubung cadangan yang dibuat timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pilihan Muslim.
MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.
'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing
Pihak yang terlibat digesa menahan diri daripada menyerang langkah-langkah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan tanpa asas melalui semua saluran untuk agenda peribadi.
Peserta MM2H rancakkan ekonomi, tidak layak mohon PR
Peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi ketiga-tiga kategori Platinum, Gold dan Silver tidak layak untuk memohon status penduduk tetap (PR).
Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong
Kenal pasti kelemahan untuk diperbaiki juga kekuatan untuk diperkuatkan lagi untuk menggamit lebih ramai pelancong datang ke negara ini.
Peraturan baharu MM2H diluluskan, jangka diumum dalam masa terdekat - Tiong
Peraturan baharu bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mendapat kelulusan Kabinet dan pengumuman mengenai perinciannya dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi
Polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membantu siasatan insiden ancaman bom baru-baru ini.
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).