KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) mengumumkan penganjuran edisi ke-9 Minggu Acara Perniagaan Malaysia 2024 (MBEW) yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 23 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dengan penetapan tema inspirasi “B.E.A.T.S - Business Events and Technology with Sustainability”, MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik berkata, MBEW 2024 akan terus menyokong kemajuan serta pembangunan sektor acara perniagaan dengan mempromosikan manfaat ekonomi dan peluang industri.
“Ia sekali gus bertujuan untuk menarik peluang pelaburan, sokongan daripada badan kerajaan, meluaskan komuniti perniagaan serta menjadi platform untuk pertukaran idea dan peluang perniagaan dalam kalangan pihak berkepentingan,” katanya.
MBEW 2024 turut dilihat mampu memupuk inovasi dan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan, penerokaan amalan terbaik serta penglibatan diri dalam inisiatif yang mampu memacu ke arah kelestarian alam sekitar dan sosial.
Selain menampilkan kepelbagaian aktiviti menarik termasuk perbincangan panel, ceramah pakar dan bengkel ilmu, edisi kali ini turut bakal menyaksikan pelancaran Malaysia Business Events Standard serta pelantikan ahli Kesatria baharu.
“MBEW 2024 berdiri sebagai bukti komitmen MyCEB dalam memacu inovasi dan kemampanan dalam industri acara perniagaan.
“Kami (MyCEB) percaya bahawa dengan menerima kemajuan teknologi dan amalan mampan, negara mampu mencapai perubahan positif dan memastikan masa depan yang lebih cerah untuk ekonomi global,” tambahnya lagi.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing bagi menyerikan lagi penganjuran MBEW edisi 2024 ini.
Juga menarik perhatian, kemuncak acara iaitu EVENTEXPO 2024 hasil kerjasama Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) dengan tema “Everything, Everywhere, Events!”
EVENTEXPO 2024 meletakkan sasaran untuk menjadi pasaran sehenti yang menampilkan produk, perkhidmatan, teknologi dan cerapan acara perniagaan terkini untuk menyokong pertumbuhan industri.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://www.myceb.com.my/mbew.
Amzar Alif
Thu Jun 27 2024

Minggu Acara Perniagaan Malaysia 2024 (MBEW) dengan tema B.E.A.T.S bakal berlangsung pada 19 hingga 23 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).- Foto MyCEB

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" pada Rabu.

MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia
MyCEB secara rasmi melancarkan Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2024 bertemakan "Business Events and Technology with Sustainability" (BEATS) yang dijangka menjadi titik tumpuan buat pakar.

MBEW 2024: Jadi penanda aras baharu, tarik pelabur dan idea teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan, dengan mengangkat tema inspirasi B.E.A.T.S.

Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia
Malaysia sekali lagi melakar detik bersejarah selepas menjadi tuan rumah kepada penganjuran Asia Convention Alliance Association Forum (ACAAF) 2024.

MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024
Pencapaian besar untuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) Ke-9 2024, menggariskan komitmen bersama untuk kedua-dua penganjur mengangkat sektor acara perniagaan di Malaysia.

MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024
Platform luar biasa untuk Malaysia menyorot industri acara perniagaannya yang semakin rancak serta menangkap perhatian pemain industri antarabangsa.

MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.

MyCEB dan CSS kerjasama bawa produk warisan negara ke peringkat antarabangsa
Dalam misi memperkasakan nilai pemasaran produk warisan ke pasaran antarabangsa, MyCEB menjalinkan kerjasama strategik bersama Centexs Commercial Services (CCS) sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang dijadualkan telah berlangsung 26 hingga 28 Mac.