KUALA LUMPUR: Pas memohon untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Permohonan itu dibuat atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.
Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid ketika dihubungi berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 21 Jun ini.
Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Dis tahun lepas, mendakwa pada 16 Okt 2022, defendan (Pas) dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.
Mujahid berkata kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau membenarkan, menyokong atau menerima masyarakat khususnya yang beragama Islam terlibat aktiviti LGBT dan perzinaan.
Menurut Mujahid, kenyataan fitnah itu menyebabkannya mengalami tekanan perasaan selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.
Menerusi pernyataan pembelaan, Pas mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Dis tahun lepas. - Fail/FB Mujahid Yusof Rawa

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.

Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.

"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.

Amanah sasar perbanyak cawangan menjelang PRU16 - Mujahid
Parti Amanah beriltizam membanyakkan cawangannya, sekali gus meningkatkan jumlah ahli seluruh negara bagi mempersiapkan parti menjelang PRU16.

Mujahid nafi perpecahan dalam Amanah menjelang pemilihan
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof menafikan adanya perpecahan dalam parti itu.

Episod fitnah aset TH dijual kepada bukan Islam berakhir - Mujahid
Ahmad Dusuki menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas, serta diperintahkan membayar kos RM5,000.

Pas perlu cermin diri, rakyat perlu buka mata - Mujahid
Fatwa sesat wajib jatuhkan kerajaan hari ini adalah terdorong hawa nafsu politik yang rakus, dakwa Naib Presiden Amanah.

Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya LGBT.

Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.