Kerajaan PAS Kelantan akan mewujudkan Mahkamah Syariah Khas di barisi oleh tiga hakim, dua hakim syarie dan seorang lagi hakim sivil bagi mengadili pesalah di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sekiranya rang undang-undang persendirian yang membolehkan Kelantan melaksanakan hukum hudud dan kisas diluluskan di Parlimen kelak Mahkamah Syariah Khas itu akan diwujudkan.
Selain Mahkamah Syariah Khas, Mahkamah Rayuan Syariah khas juga akan di bentuk dengan dibarisi oleh lima hakim, tiga hakim syarie dan dua lagi hakim berlatar belakangkan sivil.
Katanya jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 sudah mempunyai senarai nama hakim yang bakal menganggotai Mahkamah Syariah Khas itu, namun beliau enggan mendedahkan lagi.
“Di Kelantan kita sudah bersedia untuk melaksanakan hudud. Kita tak akan guna mahkamah yang sedia tetapi, kita akan membentuk satu mahkamah khas. Kita akan bentuk satu mahkamah khas Syariah dan mahkamah rayuan khas Syariah bagi membicarakan soal hudud,” kata Mohd Amar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Kelantan di sini siang tadi.
Katanya kuasa melantik hakim untuk menganggotai kedua-dua mahkamah itu nanti adalah kuasa kerajaan negeri dengan mendapat perkenaan Sultan Kelantan.
Katanya jawatankuasa teknikal juga sudah menyiap dua draf rang undang-undang persendirian itu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan menemui perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan persekutuan secara rasmi bagi menjelaskan mengenai draf berkenaan.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh untuk menemui Perdana Menteri itu.
Mengenai tentangan sekutunya PAS dan DAP terhadap hasrat kerajaan PAS Kelantan ini, Mohd Amar menegaskan kerajaan PAS Kelantan tetap akan meneruskan melaksanakan hukum Allah ini.
Walaupun DAP mengugut untuk keluar dari Pakatan sekiranya PAS masih berdegil, Mohd Amar menyifatkan itu sebagai hak DAP kerana dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan menegakkan hukum Allah.
Astro Awani
Wed Apr 30 2014

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. --gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Selesaikan 'masalah', bangunkan negara ini untuk generasi akan datang - Rafidah
Bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menggesa para pemimpin untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan kembali kepada politik perpaduan dan pembangunan.

Pas Perak tetap mahu hudud dilaksanakan
Parti itu bukan sahaja mahu melaksanakan hudud malah semua tuntutan seperti termaktub di dalam Al-Quran.

Hudud: Sebat penzina dan peminum arak di khalayak umum
Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mahmud, berpandangan hukuman tersebut sewajarnya dilaksanakan di khalayak umum termasuk di masjid atau tempat awam.

Hudud: Saya minta maaf, tiada niat hina Islam - Hos radio BFM
Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video mempersoalkan hukum Hudud.

Penting jawatankuasa hudud peringkat nasional - MB Kelantan
Pihak kerajaan negeri dan jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan khasnya menyambut baik pembentukan jawatankuasa berkenaan.

Liow nafi MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana takut
Liow Tion Lai berkata MCA mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan.

UMNO persoal keikhlasan PAS laksanakan hudud di Kelantan
Ia berdasarkan kenyataan pemimpin DAP Teresa Kok yang mendakwa PAS ingin melaksanakan hukum itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.

PAS Kelantan akan wujudkan Mahkamah Syariah Khas
Kerajaan PAS Kelantan akan mewujudkan Mahkamah Syariah Khas di barisi oleh tiga hakim, dua hakim syarie dan seorang lagi hakim sivil.

Mesej Anthony Loke kepada PAS
Anthony Loke Siew Fook mahu PAS berundur dari PR jika parti itu terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama PR.