Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video yang mempersoalkan hukum hudud yang telah menjadi viral di internet kerana menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam.
Aisyah berkata objektif video tersebut adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam.
“Ianya menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut.
“Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina. Namun kini saya sedar bahawa ianya telah menimbulkan kemarahan.
“Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana- mana agama apatah lagi agama saya sendiri,” katanya di dalam satu kenyataan media.
Namun demikian, Aisyah berkata liputan media berkenaan insiden ini telahpun mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.
“Sejak video tersebut diterbitkan, pelbagai ancaman bunuh dan rogol telah ditujukan kepada saya, keluarga, teman sekerja dan rakan-rakan. Ianya sangat mendukacitakan.
“Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini merupakan pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu.
“Namun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan dengan cinta dari pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur,” katanya.
Klip video “Projek Dialog BFMKupas” itu yang bertajuk Hudud isi periuk nasi? [KUPAS] dimuat naik di akaun YouTube milik ‘BFM VDO’ dan menampilkan hos itu.
“Akhirnya… mimpi PAS nak melaksanakan Hudud di Kelantan datang menjelma,” kata Aishah dalam video tersebut.
Dalam nada menyindir, Aisyah turut mempersoalkan jika agama boleh menyelamatkan penduduk tempatan dari realiti sosio-ekonomi di dalam video tersebut.
Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai. Ekoran itu, Aisyah menerima ugutan bunuh serta rogol.
BFM Media dan Projek Dialog, dalam mempertahankan Aisyah, berkata beliau hanya merupakan hos pengganti dan bukan hos tetap.
Susulan itu juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis kini sedang menyiasat video dan ugutan terbabit.
T K Letchumy Tamboo
Mon Mar 23 2015

Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video mempersoalkan hukum Hudud.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Hudud: Saya minta maaf, tiada niat hina Islam - Hos radio BFM
Hos stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin, hari ini memohon maaf di atas klip video mempersoalkan hukum Hudud.

BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip
Stesen radio BFM telah memohon maaf atas klip video "Projek Dialog BFMKupas" yang telah menjadi viral di internet.

Hudud: Hos radio BFM terima ugutan bunuh
Hos stesen radio BFM menerima kritikan termasuk ugutan bunuh setelah video yang seolah mengkritik perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.