Kerajaan dicadang supaya menubuhkan satu jawatankuasa peringkat Parlimen atau agensi khas di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memulihkan jurang ketidaksamaan di kalangan masyarakat.
Ahli Parlimen Belia Selangor 01, Idzham Mohd Hashim menegaskan, langkah konkrit perlu dilaksanakan segera memandangkan senario jurang ketidaksamaan kini berada di tahap membimbangkan.
Tegas Idzham, fenomena global menyaksikan jurang ketidaksamaan dalam masyarakat kian menebal.
Ia juga disifatkan merencatkan usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Pengagihan kekayaan yang tidak menyeluruh, akan menimbulkan ketidakstabilan politik,
"Rakyat menjadi benci kepada pentadbiran kerana gagal menangani jurang ketidaksamaan ini, " jelas beliau.
Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, Idzham menegaskan berdasarkan statistik terkini, negara berada dalam kalangan 10 negara yang mempunyai jurang ketidaksamaan paling tinggi.
Di peringkat serantau pula, Malaysia menduduki tangga pertama.
Jawatankuasa atau agensi khas menurut Idzham memainkan peranan mengenal pasti punca jurang ketidaksamaan yang ketara dan mengambil langkah susulan.
Ini termasuk pelaksanaan polisi yang berkaitan seperti sistem percukaian lebih efisien.
Cadangan dikemukakan Idzham ketika membentangkan usul agar kerajaan menjalankan kajian intensif bagi kurangkan jurang pendapatan.
Usul dibahaskan tujuh wakil parlimen belia diluluskan dengan sebulat suara.
Marlina Manaf
Sun Jan 11 2015

Parlimen Belia cadang jawatankuasa khas tangani jurang ketidaksamaan
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.

Format baharu Parlimen Belia dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat
Format baharu Parlimen Belia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Rombakan besar-besaran sistem pemilihan wakil Parlimen Belia - Johari
Semua itu dalam perancangan memandangkan Kementerian Belia dan Sukan kini bersetuju menyerahkan Parlimen Belia kepada Parlimen Malaysia.

Timbalan menteri dicadang gulung perbahasan Persidangan Parlimen Belia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.

Timbalan Menteri dicadang terlibat sesi penggulungan Parlimen Belia Malaysia - PM
Timbalan Menteri di kementerian-kementerian dicadangkan untuk melibatkan diri pada sesi penggulungan sidang Parlimen Belia Malaysia (PBM).

Politik wang, lompat parti: 'Akta bukan bunuh demokrasi, tapi selamatkan daripada manipulasi'
Kerajaan digesa meminda beberapa akta berkaitan politik wang bagi memberi kuasa lebih besar kepada penguatkuasa dalam melakukan pendakwaan.

Parlimen Belia: Anak muda tidak lagi memilih berada di belakang tabir
Penganjuran Parlimen digital memperlihatkan anak muda tidak lagi terus memilih untuk berada di belakang tabir sebaliknya sudah berani menyuarakan pendapat mereka.

Kerajaan BN adalah kerajaan untuk orang muda - Najib
Tanggungjawab sebagai pemimpin bukan hanya untuk bermain politik atau membuat dasar bersifat jangka panjang dan populis, sebaliknya merangka dasar yang dapat memenuhi impian orang muda.

Lebih ideal sekiranya sekolah satu aliran dapat diwujudkan - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat sistem sekolah satu aliran dijangka mampu memperkasakan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum.