IPOH: Isu kemudahan ruang parkir bertingkat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini yang didakwa hanya untuk kegunaan kakitangan sahaja sehingga tular di media sosial, kini sudah dibuka untuk kegunaan pelawat.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata sebelum ini berlaku salah faham apabila orang ramai terutama pelawat mengandaikan ruang parkir berkenaan dihadkan kepada kakitangan hospital terbabit sahaja.
Jelas beliau, ia tidak tepat kerana penutupan sementara itu dibuat Pengarah HRPB kerana mahu mengurangkan jumlah kemasukan pelawat ke bangunan berkenaan, ekoran kes penularan COVID-19 yang tinggi.
“Kawasan parkir di situ sebenarnya ada dibahagikan antara ruang awam dengan kakitangan hospital.
“Akan tetapi buat sementara waktu sejak awal tahun lalu, pengarah hospital membuat keputusan untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk orang awam disebabkan COVID-19 dan mahu memastikan mereka yang masuk itu mempunyai status lengkap vaksinasi.
"Oleh kerana itu berlaku sedikit kekeliruan. Jadi sekarang mereka (pihak hospital) sudahpun mengubah semula (keputusan berkenaan) untuk membuka ruang parkir itu kepada orang awam mengikut seperti (ketetapan) yang dahulu," katanya.
Beliau terdahulu ditemui pemberita ketika hadir pada Majlis Pelancaran Logo Jelajah Denai Sungai Negeri Perak Sejahtera Tahun 2022 yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini pada Selasa.
Sebelum ini tular di media sosial apabila orang ramai terutama pelawat HRBP meluahkan kekecewaan apabila mendakwa ruang parkir bertingkat di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK) di situ tidak dibuka kepada orang awam terutama pelawat.
Mereka mendakwa ekoran daripada itu berlaku kesukaran dalam urusan pelawat terutama yang datang membawa pesakit untuk berurusan di hospital berkenaan.
Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak dilaporkan berkata akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hospital bagi mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.
Katannya kerajaan negeri memandang serius masalah itu dan mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun untuk melihat isu tersebut.
Aida Aziz
Tue Mar 01 2022

Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak dilaporkan berkata akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hospital bagi mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan. - Gambar fail/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Khidmat e-hailing Kumpool mampu kurang isu parkir di Petaling Jaya
Bayangkan dengan hanya RM1 sahaja, anda boleh menunaikan hasrat untuk ke destinasi yang ingin dituju menggunakan pengangkutan awam dalam suasana baik dan selesa.

Parkir bertingkat HRPB dibuka kepada pelawat selepas isu 'salah faham'
Sebelum ini berlaku salah faham apabila orang ramai terutama pelawat mengandaikan ruang parkir berkenaan hanya dihadkan kepada kakitangan hospital terbabit sahaja.

Kes gaduh berebut parkir selesai - Polis
Kejadian yang sebelum itu tular di media sosial dipercayai berlaku di pasar pagi Taman Eng Ann pada Selasa lalu.

Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk Bandar
Datuk Seri Mhd. Amin Nordin berkata, isu kesulitan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan sementara DBKL hanya melaksanakan tanggungjawab menjaga parkir.