Projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat di 13 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek itu bakal memberi kelegaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa berdepan masalah kritikal kekurangan tempat letak kenderaan.
"Antara kawasan yang terlibat seperti di kawasan Bandar Tun Razak, Cheras, Wangsa Maju, Segambut dan banyak lagi. Setiap kawasan melibatkan kos yang berbeza-beza berdasarkan pada jumlah petak parkir dan jumlah tingkat yang dibina.
"Parkir bertingkat ini meliputi kemudahan tambahan seperti pembinaan dewan serba guna, gelanggang futsal, pusat penjaja, gerai dan surau. Ia bergantung atas permintaan penduduk," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan (Kenduri 1WP) Parlimen Kepong, di sini pada Ahad.
Semasa pengumuman projek berkenaan pada tahun lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata projek kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menelan kos perbelanjaan RM408 juta.
Lebih 3,000 orang menghadiri Kenduri 1WP, yang merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menjalinkan ukhuwah dan menyatupadukan pelbagai kaum di kawasan Parlimen Kepong.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan pemberian sumbangan oleh Persatuan Penjaja Kepong kepada warga emas dan fakir miskin sempena Tahun Baharu Cina. -- Bernama
Bernama
Sun Feb 05 2017

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata projek kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menelan kos perbelanjaan RM408 juta. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Shahidan jamin penduduk Flat PKNS Sungai baru tidak berpindah dalam masa terdekat
Shahidan berkata proses rundingan antara pihak pemaju dan wakil penduduk masih berjalan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

MRT Corp, DBKL meterai MoU, mudah cara pelaksanaan projek MRT3
Kerjasama dua pihak itu juga dijangka memperlengkapkan dan memudah cara projek MRT3 yang akan dibina kelak.

72 lokasi bazar Ramadan beroperasi di KL mulai Ahad ini
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pengoperasian itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam.

'Kami rayu PM, Menteri Wilayah tolong campur tangan, bantu kami' - Penduduk Kg Sg Bharu
Demikian luahan 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Bharu, Kampung Baru di ibu negara yang mahukan pembelaan setimpal diberikan kepada mereka berhubung projek usahasama dengan sebuah syarikat hartan

Pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru akan dilaksana secara adil - Shahidan
Shahidan berkata beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terlibat bagi memastikan satu persetujuan yang adil dapat dicapai.

Jubli Emas Bandar Raya KL disambut 1 Feb 2022 - Shahidan
Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) akan diadakan pada 1 Feb depan, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan KL sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972.

DBKL tubuh Kuala Lumpur SDG Centre, yang pertama di Malaysia dan Asia Pasifik
DBKL menubuhkan Kuala Lumpur SDG Centre pertama di Malaysia dan Asia Pasifik, serta bakal mendapat pengiktirafan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat).

Waris perlu benarkan jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM dikebumi di tempat ditetapkan
Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Labuan semakin pulih, situasi COVID-19 menunjukkan trend positif - Annuar Musa
Situasi COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan trend positif apabila kes aktif di daerah itu dijangka menurun sekitar 700.