KUALA LUMPUR: Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) di sini diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ia bertujuan memudahkan waris jenazah pesakit COVID-19 menyegerakan proses pengebumian kerana kemudahan sudah tersedia termasuk petugas yang menguruskannya secara berjadual.
"Kita merayu kepada keluarga jenazah pesakit COVID-19 mengizinkan proses (pengebumian) dijalankan di dua tanah perkuburan yang ditetapkan iaitu di Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Batu Caves dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
"Tetapi jika ada mana-mana waris mahu mengebumikan di tanah perkuburan lain, perkara itu terpaksa dirunding dengan pihak pengurusan kerana mungkin ada kekangan tertentu dan ia akan melambatkan proses.
"Dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan yang ditetapkan bagi mengelakkan kluster di tempat pengebumian," katanya selepas meninjau operasi kemudahan PUSUM yang dibina sementara di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Jalan Raja Muda, Kampung Baru hari ini.
PUSUM beroperasi sejak 20 Julai lepas dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menampung keperluan pengurusan mayat yang tinggi berbanding kapasiti penyimpanan mayat sedia ada di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.
Pusat itu mempunyai lima kontena yang boleh menampung 225 jenazah dalam satu-satu masa dan hingga kini telah menguruskan 300 jenazah pesakit COVID-19.
Annuar berkata lima kontena sedia ada setakat ini masih mencukupi untuk menyimpan jenazah pesakit COVID-19 dengan tahap penggunaan kapasiti penyimpanan antara 100 hingga 130 jenazah ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (tengah) mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) ketika mengadakan lawatan kerja di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM). - Foto BERNAMA
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Polis kesan waris mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Teluk Kemang
Polis sedang mengesan waris kepada lelaki yang mayatnya ditemukan terdampar di tepi laut di Batu 9, Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Ahad lepas.

Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.

Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13
Katanya, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.

Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala Ampang
Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an, tidak mempunyai pengenalan diri semasa kemalangan.

Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris.

Hospital Sungai Buloh cari waris Mohd Roni Malik
Lelaki itu dikenali sebagai Mohd Roni Malik merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh dan telah dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.

Tanah runtuh Batang Kali: Waris mangsa hadir di lokasi pencarian
Empat orang waris mangsa dipercayai masih hilang tiba di lokasi pencarian di Jalan Batang Kali - Goh Tong Jaya pada Isnin.

JKM cari waris kanak-kanak lelaki
Kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.

Mayat seorang pendaki Gunung Suku diserah pada waris - Ketua Polis Perak
Mayat salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai, telah diserahkan kepada warisnya.

Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka
Terdapat kira-kira 60,000 permohonan baharu berkaitan pembahagian pusaka diterima Bahagian Pembahagian Harta Pusaka setiap tahun.