IPOH: Polis sedang mengesan waris dan ahli keluarga mangsa lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat 13 sebuah hotel, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan memaklumkan, pada Ahad jam 9.38 pagi pihak polis dari Balai Polis Sungai Senam menerima panggilan daripada orang awam bahawa seorang lelaki terjatuh dari bangunan hotel.
Katanya lagi, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.
Menurut Yahaya, mangsa beralamat di Taman Nasional, Ipoh.
"Usaha sedang dijalankan bagi mengesan ahli keluarga, waris mangsa, selain itu bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diperlukan bagi mengeluarkan mayat dari tempat kejadian.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dibuat bersama pihak pengurusan hotel dan hasil siasatan awal dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat 13 ke atas bumbung tingkat 6 hotel tersebut," katanya pada Ahad.
Dalam pada itu, katanya tiada sebarang unsur jenayah (foul play) ditemui di tempat kejadian dan
mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mengetahui punca kematian.
Tambahnya, proses bedah siasat akan dijalankan pada Isnin pada jam 10 pagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut setelah dipercayai terjatuh dari bangunan tingkat 13 di sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah.
Mangsa dikatakan tersangkut di tingkat 6 bangunan berkenaan dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Aida Aziz
Sun Oct 01 2023
Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mengetahui punca kematian. - Foto JBPM Perak
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Polis kesan waris lelaki maut jatuh bangunan hotel tingkat 13
Katanya, pasukan siasatan menemukan beg duit berwarna coklat di dalam poket seluar mangsa di lokasi kejadian.
Lelaki terjatuh dari tingkat 29 bangunan putus kepala
Polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tepi blok bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan.
Kanak-kanak empat tahun tujuh bulan maut jatuh dari tingkat 11 kuarters polis
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tujuh bulan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kuarters polis di USJ, Subang Jaya, di sini pada Jumaat.
Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut jatuh bangunan sekolah - Polis Kedah
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, di Alor Setar hari ini.
Pemaju hartanah berpangkat Datuk maut jatuh kondominium
Seorang pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, George Town.
Remaja perempuan dan anak maut terjatuh bangunan hospital
Seorang ibu muda nekad terjun bangunan bersama anaknya di Hospital Lahad Datu kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
Peguam ditemui mati jatuh bangunan
Polis menemukan seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan badan.