Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 43 tahun itu terjatuh ketika sedang melakukan kerja di tapak pembinaan tersebut.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke tempat lapang oleh pekerja lain untuk bantuan.
"Anggota bomba membuat pemeriksaan dan memberi bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada mangsa.
"Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Operasi berkenaan tamat jam 10.45 pagi.