KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.
Shahidan berkata beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terlibat bagi memastikan satu persetujuan yang adil dapat dicapai.
"Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum... saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan," katanya dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.
Menurut Shahidan bagi menyelesaikan isu itu, beliau mencadangkan kepada pemaju supaya membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.
Langkah itu katanya, bagi memastikan pemilik tidak menjadi mangsa rumah terbengkalai sekiranya pemaju tidak dapat melunaskan tanggungjawab mereka.
"Kita nak pastikan pemaju ada kekuatan kewangan dan bukan guna tanah untuk cari duit. Banyak pemaju kini boleh membayar dahulu," katanya.
Terdahulu, ketika membahaskan usul itu Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di kawasan tersebut bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta.
Usul tersebut turut dibahas tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Teresa Kok (PH-Seputeh).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021

Shahidan berkata beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terlibat bagi memastikan satu persetujuan yang adil dapat dicapai. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Pembangunan Kampung Baru kekalkan ciri-ciri kemelayuan - Dr Zaliha
Sebarang pembangunan di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanah demi memastikan kawasan itu kekal sebagai kampung Melayu.

Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.

Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru
Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.

26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.

'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.

Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.