HULU LANGAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan kenyataan tular mendakwa beberapa kawasan di Sungai Lui di sini kembali dinaiki air.
Kenyataan tersebut mendakwa hujan di Sungai Tuntung hulu Sungai Lui menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak dan menasihatkan penduduk sekitar supaya berwaspada.
Ketua Zon Empat Hulu Langat JBPM Selangor, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, beliau dan anggotanya telah membuat pemantauan di lokasi terbabit dan mendapati terdapat sedikit kenaikan tetapi sudah surut sepenuhnya.
"Untuk memastikan kesahihan aduan yang tular di media sosial pemantauan telah dilakukan dan mendapati terdapat sedikit kenaikan di kawasan Batu 20 dan Batu 21 (Hulu Langat) tetapi sudah surut sepenuhnya.
"Namun kita bersedia di lokasi untuk bertindak bagi apa-apa panggilan kecemasan di sini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Lui di sini awal pagi ini (Isnin).
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan air Sungai Lui, Hulu Langat naik semula malam tadi.
Bagaimanapun dalam satu lagi hantaran di Twittternya, beliau memaklumkan air telah pun surut, namun pasukan bomba tetap berjaga-jaga dan memantau keadaan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 27 2021

Penduduk setempat melihat keadaan jambatan sementara yang terputus akibat air deras di Sungai Lui, Hulu Langat, semalam. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Baik pulih jalan, tebing sungai di Sungai Lui dijangka siap sebulan
Secara keseluruhannya jumlah kerosakan infrastruktur akibat banjir ditanggung kerajaan negeri kira-kira RM500 juta dan ia dibaik pulih mengikut fasa yang telah ditetapkan sebelum ini.

Paras air Sungai Lui ada sedikit kenaikan tetapi sudah surut
Semalam, ada pihak mendakwa hujan di Sungai Tuntung hulu Sungai Lui menyebabkan paras air sungai berkenaan naik mendadak.

Banjir: Jalan utama ke Sungai Lui ditutup pagi esok
Jalan utama ke Sungai Lui di sini akan ditutup pada pagi Isnin bermula jam 8 hingga 10 pagi untuk kerja-kerja pembersihan sampah di kediaman dan tepi jalan kawasan tersebut.

COVID-19: Gelombang kedua? Pendekatan Malaysia tidak sama dengan Hokkaido
Hokaido dilaporkan mencatatkan gelombang kedua COVID-19 selepas bertindak 'tergesa-gesa' menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu.

COVID-19: Hulu Selangor diisytihar zon merah
Hulu Selangor merupakan zon merah keenam selepas Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

PKPD: Solidariti penduduk Sungai Lui, tampil hulur bantuan barangan keperluan
Ada wira yang tidak didendang tampil menghulurkan bantuan keperluan lain kepada penduduk kampung itu selain keperluan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Arahan PKPD: "Kami tidak minta banyak" - Penduduk rayu keperluan asas
Wujud keperluan lain dalam kalangan penduduk tertentu untuk mendapatkan bekalan seperti telur, lampin pakai buang bayi, susu formula bayi dan beberapa keperluan lain.

Barangan makanan disalur kepada penduduk Sungai Lui mulai Isnin malam
Mulai malam ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membekalkan barangan makanan kepada semua isi rumah di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Polis mula persiapan sekatan PKPD di Hulu Langat
Polis telah mula melakukan persiapan sekatan jalan raya melibatkan kawasan Batu 21 hinga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.