Mohamad Rosely Azli, 53, yang dilaporkan hilang ketika melakukan penerjunan udara di sekitar Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu semalam ditemui selamat pada 3.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R.Supramaniam berkata Mohamad Rosely ditemui kira-kira tiga kilometer dari arah utara menghala ke Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Bharu.
"Dia telah ditemui oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM apabila beliau buka payung paraglider miliknya dan melambai-lambai ke arah unit udara bagi memudahkan kami mengesan dia.
"Ketika ditemui Rosely berada dalam keadaan lemah kerana telah hampir 24 jam beliau hilang sebelum ditemui hari ini. Dia juga mengalami kecederaan di bahagian kaki," katanya kepada pemberita di sini.
Mohamad Rosely dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Mohamad Rosely dilaporkan hilang ketika sedang meluncur di udara dari Bukit Batu Pahat ke Stadium Millennium, Kuala Kubu Bharu.
Beliau gagal dikesan selepas meluncur bersama enam lagi paraglider pada pukul 2 petang semalam.
Mereka terbang dalam ketinggian 4,000 kaki dengan enam yang lain mendarat dengan selamat pada jam 2.45 petang.
Sementara itu, Supramaniam juga menasihatkan orang ramai yang meminati sukan ekstrem lasak supaya memaklumkan dahulu penglibatan mereka kepada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang aktiviti.
"Dengan cara ini ianya memudahkan kami mengesan lokasi mereka dan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017

Mohamad Rosely ditemui kira-kira tiga kilometer dari arah utara menghala ke Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Bharu. -Bernama

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.

Paraglider hilang dalam awan dijumpai selamat
Mohamad Rosely ditemui kira-kira tiga kilometer dari arah utara menghala ke Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Bharu.