Polis akan menyiasat penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana didakwa menyerang seorang pekerja asing susulan penyebaran video insiden tersebut yang viral di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Muhammad Azri, atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, akan disiasat kerana mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang.
"Kami tidak mahu orang ramai bertindak mengikut undang-undang sendiri. Sama ada mereka adalah orang luar atau tempatan, mereka masih tertakluk kepada kuasa undang-undang di sini.
“Adalah salah untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri sama ada ke atas orang luar atau sesiapa sahaja," kata Noor Rashid.
Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas Muhammad Azri susulan penyebaran video itu.
“Pihak polis akan mengambil tindakan ke atas perkara ini walaupun tiada laporan dibuat kerana ia sudah viral," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Jumaat.
Pada masa sama, Noor Rashid bersetuju bahawa tindakan Muhammad Azri dilihat sebagai menjejaskan peranan polis dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengikuti tingkah laku penulis blog itu.
Video viral yang dimuat naik Rabu lalu itu memaparkan Papa Gomo meminta pekerja asing terlibat dicam oleh adik perempuannya atas dakwaan melakukan gangguan seksual.
Setelah dikenal pasti, Papa Gomo mula menumbuk dan menampar lelaki berkenaan sambil memberi amaran kepadanya agar menghormati rakyat negara ini.
Papa Gomo mempertahankan tindakannya sebagai seorang abang yang melindungi adik dan memberi alasan sukar untuk mengheret pekerja asing ke muka pengadilan.
Tahun lalu, Papa Gomo pernah ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat.
Astro Awani
Fri Feb 05 2016

Noor Rashid bersetuju bahawa tindakan Muhammad Azri (foto) dilihat sebagai menjejaskan peranan polis. -Foto fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Cadangan tubuhkan gagasan besar PN, BN dan GPS tidak perlu diulang - Exco Pemuda UMNO
Ini kerana jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin itu sudahpun wujud dan kerajaan yang ditubuhkan hari ini adalah kerana kesepakatan yang dilakukan antara pemimpin parti.

MB Kedah nafi hina kaum India, 'mabuk todi' hanya kiasan
Kata Sanusi, banyak pihak cuba menuduhnya menyatakan sesuatu yang tidak pernah dikatakannya selain sengaja memutar belit kenyataan beliau berkaitan isu berkenaan.

MB Kedah perlu mohon maaf atas kenyataan berunsur perkauman - Exco Pemuda UMNO
Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo berkata, kenyataan yang dibuat Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

Papagomo mengaku tidak bersalah tuduhan cederakan, aibkan Syed Saddiq
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Muhammad Azri selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut "ko bodoh" bagi maksud mengganggu kesantunannya.

Papa Gomo ditahan semula selepas dibebaskan
Tangkapan dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada jam 1 petang tadi.

'Saya kini bukan lagi budak KJ' - Papa Gomo
Perbalahan antara Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus berlarutan.

Papa Gomo tawar diri lawan Anwar di Port Dickson
Papa Gomo mengakui telah menawarkan diri untuk bertanding pada dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo
Kecewa dengan 'perubahan' yang melanda Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris malam tadi telah membuat sesi Facebook Live bertajuk, 'Why, KJ?' (Kenapa, KJ?).

Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin telah meminta Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo supaya diam.

Papa Gomo akan disiasat dalam kes video viral belasah pekerja asing - Polis
Polis akan menyiasat penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana didakwa menyerang seorang pekerja asing.