LANGKAWI: Kerajaan perlu membuat keputusan bagi memanggil sidang Parlimen lebih awal berbanding tempoh 14 hari seperti yang didesak UMNO.
Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tindakan itu perlu dibuat dalam waktu terdekat bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, agar Parlimen segera bersidang.
Tambah beliau yang juga bekas Perdana Menteri, persediaan oleh pihak kerajaan dan pengurusan Dewan Rakyat juga tidak memerlukan masa yang lama dan boleh dilakukan segera.
Pembukaan sidang Parlimen menurut bakal menjadi medan dalam mengetengahkan idea-idea dan pandangan dari Ahli Dewan Rakyat khususnya dalam mencari solusi bagi menangani penularan COVID-19.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menyatakan tempoh persidangan Parlimen akan diadakan pada September adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar 'segera' seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
"(Pembukaan Parlimen) itu boleh kita achieve (dalam masa segera), (tidak perlu) perlu sampai 14 hari (seperti desakan UMNO) walaupun dikatakan notis (difahamkan) sekurang-kurangnya (perlu dikeluarkan dalam tempoh) 14 hari,
"(Sebenarnya) mereka nak buat persiapan tidak ada masalah, kita nak hadir (secara fizikal ke Parlimen), bukan nak diadakan secara hibrid (atau sebagainya). Kita nak hadir (secara fizikal) di situ, kita minta dia (Kerajaan buka Parlimen) lebih awal, sepatutnya hari ini dah ada (sidang Parlimen) tetapi (tiada).
"Yang di-Pertuan Agong kata boleh ada (sidang Parlimen segera) tetapi kerajaan tak nak adakan. (Kenyataan Takiyuddin) itu bukan segera, (maksud segera) habis lama pun 14 hari dan notis (sepatutnya sudah ada memandangkan) YDPA titah lama dah boleh ada (sidang Parlimen)," ujar beliau.
Tun Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan As-Syifa Padang Matsirat, pada Rabu.
Pada Isnin, UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar keputusan itu yang didakwanya seolah-olah melakukan ugutan apabila memberikan tempoh 14 hari untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen.
Abdul Hadi Che Awang
Wed Jun 23 2021

TUN MAHATHIR: Tindakan itu perlu dibuat dalam waktu terdekat bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, agar Parlimen segera bersidang. - Gambar fail
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.