KUCHING: Pameran peralatan media lama dan sejarah media di Sarawak adalah antara tarikan pada pameran di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre, yang bermula pada 25 hingga 27 Mei ini yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan ,sebanyak 20 reruai pameran akan mewarnai sambutan HAWANA 2024, yang akan dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang.
"Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video selain sejarah penubuhan media di Sarawak," menurut kenyataan itu.
UKAS dalam kenyataan itu memaklumkan pelbagai program akan berlangsung seperti temu bual di konti dan acara pentas, selain para pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman membaca berita secara profesional di reruai pameran UKAS.
"Orang ramai khasnya para penuntut pengajian komunikasi dijemput melawat reruai pameran yang disediakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan terdapat 17 agensi yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut akan mempamerkan perkhidmatan masing-masing, selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
Agensi yang terlibat ialah UKAS, TVS, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Sarawak, Jabatan Penerangan (Japen) Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sarawak Tourism Board (STB) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).
Turut mengambil bahagian dalam pameran itu ialah CATSfm, Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua, Sarawak Tribune, Suara Sarawak, Sin Chew Daily, Utusan Sarawak, Kupi-Kupi fm, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan UDA Holdings.
Pameran HAWANA 2024, akan dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 25 Mei.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan Majlis Kemuncak HAWANA 2024 pada 27 Mei. - BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Pameran peralatan media lama dan sejarah media di Sarawak adalah antara tarikan pada pameran di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre, yang bermula pada 25 hingga 27 Mei ini yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.
Tanya AI: Melestarikan bidang kewartawanan dalam era kecerdasan buatan
"ETIKA Teras Kewartawanan Mapan" yang menjadi tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 sangat bertepatan dengan keadaan semasa.
HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.