KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,511 unit barangan tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM250,000 dirampas menerusi serbuan di empat premis di Jalan Kenanga, di sini pada Rabu lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, serbuan dilakukan bersama wakil pemilik cap dagangan itu hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu.
"Kita turut menahan tiga pekerja warga asing bagi membantu siasatan dan hasil maklumat bekalan pakaian disyaki tiruan itu diperoleh dari luar negara.
"Kesemua stok tersebut adalah untuk jualan kepada orang ramai sempena Aidilfitri," katanya pada sidang akhbar, di sini pada Selasa.
Menurut beliau, kesemua premis itu didapati turut menjual pakaian tiruan berjenama secara dalam talian kepada pelanggan.
"Pakaian itu diperoleh pada harga kos RM10 hingga RM50 seunit dan dijual pada harga borong iaitu RM20 hingga RM80 seunit, manakala peniaga runcit akan menjual pada harga RM40 sehingga RM150 seunit bergantung kepada kualiti barangan.
"Kesemua pemborong ini disyaki menjadi pembekal utama kepada pemborong serta peruncit di sekitar Kuala Lumpur serta turut menghantar bekalan kepada peniaga di seluruh Malaysia," katanya.
Ujar Ariffin, empat premis itu dimiliki oleh individu warga tempatan tetapi peniaga sebenar adalah warga asing yang hanya menggunakan nama warga tempatan bagi mendapatkan lesen dan diberikan bayaran gaji pada setiap bulan kepada penama yang terlibat.
"Kesemua premis ini dipercayai telah menjalankan perniagaan lebih daripada dua tahun dan sering kali menukar modus operandi perniagaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kita turut menyiasat kesemua pihak yang terlibat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001)," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 11 2023

Ariffin (dua dari kiri) menunjukkan pakaian berjenama tiruan yang dirampas. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pakaian jenama tiruan bernilai RM250,000 dirampas
Serbuan dilakukan bersama wakil pemilik cap dagangan itu hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu.

KPNDHEP P.Pinang rampas pakaian berjenama tiruan bernilai RM55,120
Pemeriksaan pada jam 11.30 pagi itu mendapati premis perniagaan itu dijadikan stor menyimpan semua pakaian berjenama tiruan.