Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood hari ini menamatkan kayuhan solonya menjelajah selatan Thailand sejauh 600 kilometer (km) bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020) dan Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK 2020).
Mesra dipanggil Pak Wan, beliau yang berusia 73 tahun, memulakan kayuhan sejak 25 Disember lepas bermula di Kota Bharu sebelum ke Rantau Panjang di sini, dan memasuki selatan Thailand menerusi Sungai Golok dan bergerak ke Hatyai, Songkhla, Pattani, Narathiwat dan tiba di Sungai Golok, semalam.
Beliau kemudiannya tiba di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Rantau Panjang di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Ketika ditemui pemberita, Wan Hashim berkata beliau gembira kerana dapat menamatkan misinya pada kali ini selain dapat membantu negara mempromosikan VM 2020 dan TMK 2020 kali ini.
"Dengan mengayuh basikal, orang ramai dapat melihat dengan lebih jelas promosi yang dibuat oleh Pak Wan menerusi bendera dan pelekat yang dilekatkan di beg yang disangkut di basikal ini.
"Ia sekali gus dapat menarik perhatian masyarakat di selatan Thailand ketika Pak Wan berhenti rehat di mana-mana tempat sepanjang kayuhan berlangsung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Di Pintu Masuk Utama Negara Sempena VM 2020 dan TMK 2020.
Majlis sambutan yang dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancong dan Warisan Kelantan Datuk Hassan Mohamood itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Selatan Thailand Rusdi Suchangkit, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Hafiz Hazin dan Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan Mohd Aidil Afizie Daud.
Wan Hashim berkata walaupun mempunyai masalah bahasa ketika berinteraksi dengan masyarakat di selatan Thailand namun ia tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk mempromosikan VM 2020 dan TMK 2020.
"Bagaimanapun perkara itu dapat diatasi menerusi penggunaan bahasa badan, gambar dan risalah yang dibekalkan oleh Tourism Malaysia sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020

Wan Hashim gembira kerana dapat menamatkan misinya pada kali ini selain dapat membantu negara mempromosikan VM 2020 dan TMK 2020 kali ini. - Bernama
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Mekah
Tindakan diambil bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.

Misi Kayuhan Solo Merdeka 2020 Pak Wan dicatat dalam MBOR
Pak Wan dinobatkan dalam MBOR sebagai lelaki tertua di negara ini yang mengelilingi Semenanjung Malaysia sebanyak enam kali.

Pak Wan tamatkan kayuhan solo promosi VM2020 di selatan Thailand
Wan Hashim gembira kerana dapat menamatkan misinya pada kali ini selain dapat membantu negara mempromosikan VM 2020 dan TMK 2020 kali ini.

Pengayuh basikal warga emas berjaya cipta rekod kelima MBOR
Pak Wan berjaya menamatkan kayuhan sejauh 2,200 kilometer (km) lebih awal iaitu dalam tempoh 14 hari, berbanding 15 hari yang ditetapkan sebelum ini.

Richard Ansin berjaya habiskan kayuhan semarak patriotisme 211km
Walaupun pelbagai cabaran yang ditempuhi termasuk cuaca panas, laluan yang berbukit, serta kepenatan, namun itu bukan penghalang kepada beliau untuk menghabiskan kayuhan basikalnya secara solo.

Khairil Aslan teruja sambutan mesra rakyat Terengganu
Ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia yang dilakukan pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid, disambut meriah oleh penduduk sekitar Batu Rakit, Kuala Nerus.

Khairil Aslan mula ekspedisi kayuhan solo jelajah Semenanjung Malaysia
Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid akan memulakan ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia selama 30 hari.