Pengayuh basikal warga emas Wan Hashim Wan Mahmood, 73, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan misi kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia buat kali kelima pada Jumaat.
Lebih membanggakan figura yang lebih mesra dipanggil Pak Wan itu, berjaya menamatkan kayuhan sejauh 2,200 kilometer (km) lebih awal iaitu dalam tempoh 14 hari, berbanding 15 hari yang ditetapkan sebelum ini dan mencatatkan rekod kelimanya dalam Malaysia Books Of Record (MBOR) kelimanya
"Hanya satu perkataan yang mampu Pak Wan luahkan ketika ini ialah syukur dan lega, kerana berjaya mengharungi semua cabaran sepanjang kayuhan," katanya dalam nada sebak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telipot di sini, pada Jumaat.
Ketibaan beliau kira-kira pukul lima petang selepas menamatkan kayuhan terakhir dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dengan jarak 160 km itu disambut oleh isteri, ahli keluarga serta Kelab Media Kelantan Datul Naim (Kemudi).
Menceritakan pengalaman sepanjang kayuhan kelimanya, Pak Wan berkata misinya kali ini paling mencabar keupayaannya, kerana perlu membuat kayuhan sehingga ke tengah malam dan awal pagi, malah ada kayuhannya sehingga pukul 3 pagi, bagi menamatkan misinya itu dalam tempoh dua minggu.
"Paling saya ingat ketika kayuhan dari Kota Tinggi ke Endau, Rompin, kerana kawasan kelapa sawit tersebut agak gelap dan tidak ramai orang. Memang ada rasa takut dan lapar, tapi saya buang ketepi semua perasaan itu dan fokus untuk sampai ke destinasi seperti yang dirancang," katanya.
Datuk kepada 23 cucu dan seorang cicit itu berkata beliau juga terpaksa berhati-hati dengan lori yang melalui jalan tersebut yang kebanyakannya dipandu secara laju tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain.
Pak Wan juga memilih untuk tidur di tepi jalan di atas kepingan kotak terbuang, ketika tiba di Pantai Batu Buruk 11 malam semalam, berbanding menginap di hotel bagi memastikan beliau bangun lebih awal untuk meneruskan kayuhan terakhir pada Jumaat.
"Pak Wan juga suka mencabar kemampuan diri untuk melakukan apa yang difikirkan mustahil oleh orang lain. Hari ini Pak Wan berjaya buktikan, setakat ini Pak Wan lah satu-satunya warga emas yang berjaya mengeliligi negara dalam tempoh tidak sampai 15 hari," katanya dengan nada puas.
Ketika ditanya tentang rancangan kayuhan seterusnya Pak Wan dalam nada berseloroh berkata semua itu memang telah ada dalam fikirannya.
Pak Wan memulakan kayuhan solo kelimanya pada 22 Jun lepas, dan dijadualkan disempurnakan dalam tempoh 15 hari, bagi mencipta Malaysia Books Of Record (MBOR) kelimanya.
Beliau sebelum ini telah mencipta empat MBOR bermula kayuhan berbasikal secara solo pertamanya mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,200km pada 28 Feb 2014.
Rekod MBOR keduanya diperolehi pada Januari 2015, apabila menamatkan misi kayuhan berbasikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah Malaysia sejauh 5,319 km.
Sementara itu, dalam misi kayuhan kali ketiganya, Pak Wan disertai jurugambar sambilan Bernama Kelantan, Shahuri Awang, 33, sejauh 3,000km mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand selama 43 hari, sebelum meraih MBOR kali keempat pada tahun lepas dengan mengelilingi negara ini secara solo.
Kayuhan kali ini juga Pak Wan membawa mesej daripada Kemudi iaitu 'Percaya Berita Benar', bagi mengelak rakyat membaca berita yang tidak sahih dan fitnah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
Wan Hashim memeluk ibunya Hasmah Ahmad, 87 tahun, dan isteri Faridah Daud, 67 tahun, selepas berjaya menamatkan kayuhan dalam tempoh lebih singkat iaitu selama 14 hari bagi mencipta MBOR kelima ketika ditemui di kediamannya pada Jumaat. --fotoBERNAMA
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.