TAIPING: Setelah 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi, tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila menerima berita dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi ini.
"Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.
"Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.
"Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Taiping, semalam.
Jamil berkata beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.
"Saya seronok dapat 'ampun', tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan," katanya.
Penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.
Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.
Malah katanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.
Jamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.
"Ketika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja. Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 90-an.
"Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.
Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Jamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.
Menurut Nazri pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.
"Ia mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat. Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan," katanya.
Nazri menyifatkan Pak Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.
"Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran. Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
Pak Jamil Hayat kini bebas dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, pagi ini. - Gambar/ Bernama
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Pak Jamil, banduan paling lama di penjara kini bebas, syukur sambut Aidilfitri di kampung
Setelah 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi, tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan.