KUALA LUMPUR: Bekerja dalam dunia profesional dengan pendapatan kasar mencecah lebih RM5,000 sebulan, menetap di ibu kota, tidak berkahwin dan berada dalam kategori M40 sering kali dipinggirkan daripada menerima bantuan yang disediakan kerajaan kerana diklasifikasikan sebagai tidak layak.
Walhal pada hakikatnya, golongan M40 yang berpendapatan sekitar RM4,851 hingga RM10,970 sebulan ini juga tidak terkecuali daripada terbeban dengan komitmen yang tinggi apabila ada antara mereka terpaksa menjadi "nakhoda keluarga" dalam melunaskan pelbagai perbelanjaan antaranya perubatan ibu bapa mahupun adik-beradik yang masih belajar.
"Memanglah bujang, tetapi kena bayar keperluan untuk dua buah rumah. Satu rumah yang dibeli di Kuala Lumpur manakala satu lagi untuk emak ayah di kampung bagi keselesaan mereka. Jadi, tertekan jugalah kalau PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) tidak ambil kira bebanan M40 bujang secara keseluruhan," kata pekerja swasta, Suraya Ali, 37.
Biarpun M40 kini boleh menarik nafas lega sebaik selesainya pelancaran sistem portal itu pada Selasa yang menjamin golongan tersebut tidak akan tercicir apabila PADU mengambil kira perbelanjaan isi rumah setiap bulan, tanggungan, kos sara hidup ikut lokasi dan tidak berdasarkan pengelasan B40, M40 dan T20.
Namun, keluh-kesah masih lagi merantai kalangan M40 bujang khususnya mereka yang mempunyai tanggungan besar apabila pengisian dan pengemasan maklumat yang diperlukan dalam portal tersebut dilihat masih ada lagi kelompangan dan ruang yang perlu ditambah baik.
Malah, beberapa pakar yang ditemu ramah Bernama berpandangan beberapa perincian khusus berkaitan dengan "jumlah tanggungan" dan terma "isi rumah" itu perlu diteliti kembali.
Jika tidak, risiko golongan M40 bujang yang mempunyai komitmen tinggi dan sewajarnya layak untuk menerima subsidi dan bantuan tidak mustahil akan tercicir berikutan maklumat terperinci dan lengkap tidak dapat diisi disebabkan kelompangan tersebut, kata Prof Barjoyai Bardai.
Ini kerana, isi rumah diklasifikasikan kepada mereka yang tinggal bersama dalam satu rumah menggunakan peruntukan sama untuk bayaran utiliti, keperluan dapur dan kehidupan seharian tetapi yang dibangkitkan adalah mereka yang tinggal berasingan dan mempunyai tanggungan besar.
"Yang diperlukan adalah ruang memperincikan situasi kewangan setiap yang berdaftar di PADU supaya aspek keunikan kedudukan kewangan boleh diambil kira dan ditangani bagi menyelesaikan masalah kewangan setiap keluarga secara mutlak.
"Jika ini boleh dilakukan, barulah boleh dikatakan kerajaan MADANI benar-benar mematlamatkan kesejahteraan rakyat seluruh negara. Peraturan dan polisi boleh diubah suai mengikut keperluan khusus setiap isi rumah tanpa perlu mewujudkan peraturan umum tentang definisi isi rumah dan keluarga," kata pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) itu.
Keperluan perincian itu juga antara yang turut disentuh Prof Madya Ku Suhaila Ku Johari, Ketua Program Siswazah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila separuh daripada mereka yang berjumpa semasa sesi kaunselingnya merupakan M40 bujang yang terhimpit dengan suasana ekonomi mencabar dan isu sara hidup.
Dilabelkan sebagai "bujang senja", beliau berkata, beberapa kajian sebelum ini mendapati ramai kelompok ekonomi tersebut lebih selesa bersendirian daripada memilih untuk berkahwin disebabkan tertanggung dengan pelbagai komitmen besar.
"Kesukaran itu satu yang subjektif. Mungkin kita beranggapan M40 bujang, senang, tidak mempunyai anak untuk hantar mereka ke pusat penjagaan dan sebagainya sedangkan golongan ini juga ada yang menjadi ketua keluarga dan menyara emak, ayah, adik-beradik walaupun tidak duduk satu rumah.
"Kerana itu, saya berpandangan sistem PADU perlu diperhalusi lagi untuk golongan seperti ini kerana kebimbangan mereka semakin bertambah apabila kerajaan mengumumkan akan melakukan subsidi bersasar. Mereka takut tidak layak," katanya.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini menyatakan peratusan wanita dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 29.8 peratus pada 2000.
Biarpun begitu, komitmen kerajaan untuk memastikan golongan yang layak tidak tercicir termasuk M40 yang sebelum ini sering dianggap sebagai kumpulan "terlepas pandang" dalam menerima insentif menerusi PADU, adalah bertepatan dengan masanya, kata Prof Ahmad Martadha Mohamed.
Beliau yang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, ramai golongan M40 terhimpit dengan cabaran kehidupan dan kos sara hidup yang kian meningkat selepas pandemik COVID-19.
"Tiada lagi pengkelasan B40, M40 dan T20 dalam menentukan pengagihan bantuan dan subsidi adalah wajar memandangkan golongan M40 yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Pulau Pinang semakin tertekan selepas COVID-19.
"Sedangkan pergerakan gaji atau pendapatan mereka tidak selaju pergerakan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan yang mencanak dan kerana itu, PADU merupakan jawapan kepada penantian M40 selama ini," katanya.
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.
Sistem itu juga dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi apabila kajian sebelum ini mendapati pengagihan subsidi tidak sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

PADU yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Kerajaan akan menggunakan data dalam PADU sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam RMK13 yang akan bermula 2026 hingga 2030.

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.

Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.

Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).