SHAH ALAM: Imam masjid memandikan pemuda yang ditangkap mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
Gara-gara ditangkap mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.
Video berdurasi satu minit 25 saat tular di media sosial telah dikongsikan pengguna Twitter itu dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan oleh penduduk kampung.
Dalam situasi tegang, pemuda itu kemudiannya dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.
Dia dilihat cuba untuk bangun dan melarikan diri ketika imam mula mencurahkan air ke atasnya yang lengkap berpakaian.
Bagaimanapun, masih belum dapat dikenal pasti di mana kejadian itu berlaku.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan tidak kurang juga mengecam tindakan penduduk kampung mengenakan hukuman seperti itu kepada pemuda terbabit.
“Pengajaran yang baik. Bukan dipukul sehingga mati, tetapi pengajaran sebegini lebih memberi kesan. Diharap berubah,” ciap @amofficialmy.
“Ini ajaran Islam ke atau hanya Islam kat nama saja, aku bukan menyokong yang mencuri, tapi biarlah hukuman diadili.
"Islam itu mudah dan indah, tetapi segelintir manusia yang sebegini, menampakkan Islam buruk pada pandangan,” ciap @Simra181.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022

Gara-gara ditangkap mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid. -Video tular

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis kesan individu umpil tabung masjid libatkan kerugian RM3,000
Perbuatan suspek mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi Ahad.

Padah curi duit masjid, pemuda dimandikan seperti jenazah
Pemuda itu kemudiannya dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.

Suspek utama 'pemancing' duit tabung masjid diberkas
Suspek mengaku menggunakan sekeping plastik panjang yang dililit pita pelekat sebagai peralatan untuk mencuri duit tabung masjid.