GEORGE TOWN: Pulau Pinang bersedia menjadi pemangkin kepada Malaysia bagi meningkatkan rantaian nilai cip dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi pengeluaran elektrik dan elektronik serta semikonduktor di rantau ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata dengan lebih 50 tahun kecemerlangan dan kepimpinan industri, Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Menurut Chow, Pulau Pinang, yang digelar Lembah Silikon Timur, merupakan peneraju peringkat akhir proses pembuatan cip semikonduktor dalam negara dan rantau ini, manakala negeri itu turut menyumbang secara konsisten pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan Malaysia.
"Bagaimanapun, untuk Pulau Pinang menyumbang lebih jauh kepada pencapaian Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, idea yang berani dan inovatif diperlukan bukan sahaja daripada firma asing tetapi dari akar umbi.
"Oleh itu, syarikat pemula teknologi tempatan yang mengasah kemahiran dalam reka bentuk litar bersepadu serta penyelidikan dan pembangunan mampu melonjakkan Malaysia lebih jauh dalam rantaian nilai," kata ketua menteri itu dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.
Terdahulu, Nikkei Asia menerbitkan artikel bertajuk "Malaysian 'Silicon Valley' seeds homegrown chip startups", yang menekankan bahawa masanya sudah tiba untuk Malaysia meneroka ke dalam reka bentuk cip.
Chow, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi negeri, berkata bahawa trajektori pertumbuhan Pulau Pinang kelihatan meyakinkan dengan perluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek Pulau Silikon yang dalam perancangan.
Beliau turut menyentuh berkenaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang Mutiara Line, yang bukan sahaja meningkatkan pasaran hartanah dan berpotensi menarik pelaburan langsung asing, malah satu langkah penting ke arah pembangunan yang lebih saksama di semua negeri.
"Projek LRT itu bukan sahaja melegakan mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas semasa musim perayaan tetapi juga mempunyai manfaat ekonomi yang menjanjikan, seperti yang diketengahkan oleh penganalisis," katanya.
Kerajaan pusat secara rasmi mengambil alih projek LRT daripada kerajaan negeri berikutan keputusan Kabinet meluluskan cadangan pembangunan projek itu pada 22 Mac 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024

Chow berkata, Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). - Foto fail/BERNAMA

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.