Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.
Katanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menghantar surat permohonan menaikkan SPA itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh terdekat dan surcaj baru tersebut dijangka akan dikenakan kepada pengguna pada penghujung tahun ini.
"Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk.
"Banyak pihak meminta kami menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya.
"Selama sembilan tahun kerajaan negeri bertahan dengan tarif air paling rendah dan ia agak keberatan untuk menaikkan tarif air namun ia tidak boleh dibiarkan.
"Oleh itu, kita mengambil keputusan agar menaikkan SPA kepada RM1 untuk setiap 1,000 liter air yang digunakan melebihi 35,000 liter air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Air Sedunia Pulau Pinang 2017, di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa.
Lim berkata kenaikan itu juga merupakan langkah terakhir kerajaan negeri untuk mengelakkan pembaziran air dalam kalangan pengguna domestik di Pulau Pinang.
"Jika usaha ini (menaikkan SPA) tidak berjaya, kami tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif air. Permohonan kenaikkan surcaj ini mungkin akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk diluluskan. Mungkin ia akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.
"Kerajaan negeri sebolehnya tidak mahu menaikkan tarif air kerana ia akan membebankan rakyat namun kita tidak ada cara lain. Saya harap dengan kenaikkan SPA ini, ia akan memberi kesedaran kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Jaseni berkata PBAPP membelanjakan RM91 juta sebagai subsidi untul mengekalkan tarif domestik di Pulau Pinang dan jumlah besar itu terpaksa ditanggung PBAPP berikutan 25 peratus daripada 504,400 pengguna domestik di negeri ini menggunakan air yang berlebihan.
Katanya SPA yang akan dinaikkan ini hanya melibatkan pengguna domestik manakala pengguna komersial mereka membayar penggunaan air mengikut harga pasaran.
"Dari data yang diperolehi, masih ramai pengguna yang membazir air. Jadi PBAPP meminta semua penduduk agar mengurangkan 10 peratus penggunaan air di rumah untuk memastikan bekalan mencukupi sehingga 2020. Kita menyasarkan penggunaan air daripada 827 juta liter sehari (JLH) (2016) turun kepada 778 JLH pada tahun ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
![P. Pinang mahu naikkan surcaj pemuliharaan air - Guan Eng P. Pinang mahu naikkan surcaj pemuliharaan air - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri Pulau Pinang menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Gambar hiasan
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720257924_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu.
![Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719844488_TBZahidHamidi.jpg)
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
![Hasrat Tunku Mahkota Ismail gesa reformasi Persekutuan kerana ingin 'merakyatkan' kepimpinan - Penganalisis politik Hasrat Tunku Mahkota Ismail gesa reformasi Persekutuan kerana ingin 'merakyatkan' kepimpinan - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718086910_SivamuruganPandian.jpg)
Hasrat Tunku Mahkota Ismail gesa reformasi Persekutuan kerana ingin 'merakyatkan' kepimpinan - Penganalisis politik
Hasrat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa reformasi sistem Persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi sebenarnya bertujuan merakyatkan kepimpinan.
![Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714832418_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
![Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713596856_PUSATINTERNETKOMUN.jpg)
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
![Wang ihsan ringankan beban kerajaan Kelantan bayar emolumen - Menteri Besar Wang ihsan ringankan beban kerajaan Kelantan bayar emolumen - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711529455_NassuruddinDaud.jpg)
Wang ihsan ringankan beban kerajaan Kelantan bayar emolumen - Menteri Besar
Sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.
![Sarawak negeri pertama biayai projek persekutuan untuk percepat pelaksanaan - PM Sarawak negeri pertama biayai projek persekutuan untuk percepat pelaksanaan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711803276_tbAnwarIbrahim.jpg)
Sarawak negeri pertama biayai projek persekutuan untuk percepat pelaksanaan - PM
Sarawak bakal melakar sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya.
![Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024 Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708698210_BernamaTVS.jpg)
Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024
HAWANA 2024 dijadual berlangsung mulai 25 Mei hingga acara kemuncak pada 27 Mei, serta bakal dihadiri lebih 500 wartawan.
![Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705580143_AnwarIbrahim.jpg)
Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.
![Banjir: Kerjasama jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut - PM Anwar Banjir: Kerjasama jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703780422_AnwarIbrahim.jpg)
Banjir: Kerjasama jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut - PM Anwar
Kerjasama antara semua jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sangat dituntut dalam menghadapi musibah banjir termasuk di Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.