SHAH ALAM: Kurang 24 jam sahaja lagi, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Justeru, orang ramai mula berpusu-pusu ke pasar berdekatan bagi mendapatkan keperluan sempena hari lebaran itu.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Seksyen 6 di sini mendapati, penduduk sekitar mula mengunjungi bagi mendapatkan barangan basah semenjak jam 7 pagi lagi.
Menurut Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir, 73, kepulangan anak-anak ke rumahnya pada Aidilfitri kali ini membuatkan beliau membuat persiapan lebih meriah untuk menyambutnya.
"Alhamdulillah, tahun ini, anak saya yang sudah berkahwin akan beraya bersama-sama. Jadi semua akan berkumpul di rumah termasuklah 11 cucu.
"Barangan basah tu memang saya beli secukup mungkin sebab nak buat rendang, lemang dan ketupat. Saya tak suka beli yang jenis siap, lebih berminat masak sendiri bagi rasa sikit kemeriahannya.
"Saya dan keluarga sebenarnya memang sudah menyiapkan semua hidangan itu.
"Cuma datang ke pasar sebab ada nak tambah sikit barang bagi tampung untuk raya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sementara itu, Zamrudah Ahmad Rashidi, 50 an berkata, sebanyak RM300 dibelanjakan bagi membeli keperluan basah sempena Aidilfitri.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata tersebut, dia lebih memilih kesederhanaan dalam menyambut perayaan berkenaan.
"Saya beli sekadar perlu sahajalah untuk untuk nak masak ketupat dan rendang, memadailah berbanding tahun sebelum yang agak banyak sikit perbelanjaan," kata Pensyarah di Institut Perguruan (IPG) Lembah Pantai itu.
Dalam pada itu, Mohd Farid Hussin, 44 menganggap persiapan raya dapat dibuat dengan sedikit tenang kerana tiada kejutan seperti tahun lalu.
"Alhamdulillah, sempat juga untuk beli keperluan seperti daging dan sayur. Sebelum ini takut juga kalau tiba-tiba kita sambut awal," ujar anak kelahiran Johor itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 21 2023

Orang ramai mula berpusu-pusu mendapatkan barangan basah semenjak jam 7 pagi lagi. -Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Orang ramai mula serbu pasar, beli keperluan Aidilfitri
Tinjauan di Pasar Seksyen 6 mendapati, penduduk sekitar mula mengunjungi bagi mendapatkan barangan basah semenjak jam 7 pagi lagi.