KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru memulakan aktiviti pelancongan di lokasi setempat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), susulan kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan beroperasi di kedua-dua kawasan itu.
Sambil menasihati orang ramai melancong dengan selamat, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.
Beliau menyifatkan pengumuman kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan PKPB dan PKPP adalah khabar gembira buat penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tempatan.
"Jadilah pelancong yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa dan mempraktikkan amalan norma baharu.
"Insya-Allah, MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) akan terus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tanah air untuk bangkit semula terutama dalam situasi yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti pelancongan seperti zoo, akuarium dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus keluasan premis, namun bagi kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD), aktiviti pelancongan keluar masuk di kawasan terbabit adalah tidak dibenarkan.
Kebenaran turut diberikan dengan syarat sama di premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga dan taman tema luar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021
Nancy berkata, kementeriannya akan terus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tanah air untuk bangkit semula terutama dalam situasi yang mencabar ini. - Gambar fail
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
Anjur pelancongan berbentuk pengembaraan dari Mei hingga Ogos di Kapit - Nanta
Menurut Nanta, ini kerana kebanyakan orang dewasa yang bekerja dan pelajar di hemisfera utara dan selatan bercuti dalam tempoh itu.
Pendapatan Genting dijangka kembali kukuh didorong pembukaan semula sempadan
Pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting.
Jalani ujian COVID-19 sebelum lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Rakyat Malaysia yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.
Individu lengkap vaksinasi COVID-19 boleh lakukan aktiviti pelancongan - Nancy
Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Tujuh aktiviti pelancongan utama dibenar di Langkawi pada 16 September
Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi antara yang dibenarkan.
Pelancongan dalam negeri dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya bagi individu lengkap divaksin - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan tersebut melibatkan penetapan di homestay dan juga hotel.
Kenal pasti produk pelancongan baharu di Perlis - Lembaga Promosi
Ia sebagai langkah awal mempromosi produk pelancongan domestik sebelum kerajaan membenarkan semula pergerakan rentas negeri.
Orang ramai diseru melancong di kawasan setempat PKPB, PKPP
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu akan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.