KUALA LUMPUR: Kenanga Research menjangkakan pendapatan Genting Berhad kembali kukuh berdasarkan kepada langkah pembukaan semula sempadan antarabangsa di Malaysia dan Singapura bermula awal bulan lalu.
Firma itu berkata, Genting dijangka menerima manfaat besar daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa itu selepas sebahagian besar daripada operasi mereka kini lebih terarah kepada aktiviti pelancongan dan riadah.
"Kami menjangkakan pemulihan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan bermula pada suku kedua 2022 dan ia didorong oleh pembukaan semula sempadan antarabangsa bermula 1 April 2022," katanya dalam satu nota kajian, pada Jumaat.
Firma itu berkata, pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting, sebagai syarikat induk kedua-dua unit perniagaan berkenaan.
"Pihak pengurusan kumpulan juga optimis, tetapi kekal berhati-hati terhadap trajektori pemulihan memandangkan pembukaan semula sempadan itu.
"Kumpulan juga sebelum ini turut mendedahkan pelaburan bernilai S$400 juta (RM1.25 bilion) pada tahun 2022 untuk Resort World Singapore 2.0 dan kerja pengubahsuaian yang berkaitan untuk taman tema serta tiga hotel sebagai langkah bersiap sedia untuk pembukaan semula sempadan," katanya.
Genting Singapore Ltd baru-baru ini merekodkan peningkatan keuntungan teras suku pertama kepada S$43.5 juta (RM137 juta) berbanding S$12 juta (RM37.8 juta) pada suku sebelumnya apabila perniagaan jatuh mendadak ketika itu.
Dalam perbandingan tahun ke tahun, keuntungan teras suku dikaji merosot sedikit sebanyak 2% kepada S$43.5 juta (RM137 juta) daripada S$44.5 juta (RM140 juta), sebahagiannya disebabkan oleh perbelanjaan utiliti yang lebih tinggi dan tamat tempoh langkah sokongan kerajaan berkaitan COVID-19.
Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan sasaran harga RM6.12 dan pada masa sama mengekalkan unjuran pendapatan mereka. - DagangNews.com
Dagang News
Sat May 14 2022
Pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting. - Foto Twitter/Resorts World Genting
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Pelupusan tanah di Miami milik Genting bernilai AS$1.22 bilion tidak diteruskan, dibuka untuk bidaan
Genting Malaysia umum Smart Miami City LLC telah membatalkan bidaannya untuk tanah milik anak syarikat penuh GenM, Resorts World Miami LLC di Miami.
Pendapatan Genting dijangka kembali kukuh didorong pembukaan semula sempadan
Pemerkasaan operasi dan pendapatan Genting Malaysia dan Genting Singapura akan turut memberi manfaat kepada Genting.
Genting bakal mencari peluang pelaburan baharu bagi melengkapi perniagaan sedia ada
Lim Kok Thay berkata, pihaknya akan memantau rapat persekitaran perniagaan dan mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan perniagaannya.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
COVID-19: Resorts World Genting tutup dua minggu, beroperasi semula 1 April
Penutupan itu bermula 18 Mac, dan berakhir 31 Mac, 2020, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri
Saham Genting turun selepas pengumuman Belanjawan 2019
Harga saham Genting Bhd susut 45 sen semasa awal dagangan hari ini kepada RM6.75, manakala saham Genting Malaysia Bhd (GENM) turun 99 sen kepada RM3.55, memandangkan sektor perjudian dilihat sebagai s
Pelan Bersepadu Pelancongan Genting dilancarkan
Perdana Menteri melancarkan Pelan Bersepadu Pelancongan Genting, GITP, melibatkan pelaburan berjumlah RM5 bilion oleh Genting Malaysia Bhd.
SPAD tubuhkan Jawatankuasa Inkuiri kemalangan bas Genting
SPAD menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas - Genting bagi meneliti secara terperinci bukti dan laporan berkaitan kemalangan bas di Jalan Genting Highlands yang mengorbankan 37 orang.