Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar berlabel 'Delima Raja Urat' yang dijual sebagai ubat tradisional Melayu di pasaran.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi 'dexamethasone' iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
"'Dexamethasone' adalah agen anti radang yang poten dan biasa digunakan dalam rawatan alergi, yang hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi daripada farmasi dengan preskripsi doktor," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Katanya 'Dexamethasone' tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan
gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.
"Pesakit juga boleh mengalami 'Cushing's Syndrome' yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil," katanya.
"Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) adalah berisiko tinggi dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini, yang berkemungkinan dicampurpalsu dengan bahan terlarang kortikosteroid kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius," katanya.
Eisah berkata individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Katanya syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Beliau juga menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini untuk menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
"Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang http://www.bpfk.gov.my.," katanya.
Bernama
Thu Jan 23 2014

-BERNAMAfoto

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Orang ramai dinasihat tidak guna 'Delima Raja Urat'
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar berlabel 'Delima Raja Urat' yang dijual di pasaran.