Orang ramai diminta tidak panik serta bimbang dengan bekalan air buat masa ini berikutan fenomena El Nino yang dijangka boleh mengakibatkan paras air empangan kekeringan di seluruh negara.
Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Jamaluddin Jamal berkata paras air di beberapa empangan negeri ini masih dapat membekalkan air kepada penduduk.
"Rata-rata empangan di sini dalam keadaan stabil, air masih mencukupi, jadi orang ramai tidak perlu risau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun, pihaknya akan terus membuat pemantauan ke atas dua empangan iaitu Empangan Sungai Lebam dan Empangan Sungai Layang-layang yang paras airnya dikatakan berada pada paras kritikal.
"Pihak kami bimbang musim kemarau ini, paras air berkurangan, malah keadaan air di empangan tidak naik dan semakin menyusut," kata Jamaluddin.
Setakat hari ini, Empangan Sungai Lebam merekodkan paras 10.48 meter, iaitu di bawah paras kritikal iaitu 12.27 meter manakala Empangan Upper Layang merekodkan paras 20.88m berbanding 23.50m paras kritikal.
Jamaluddin berkata pihaknya sentiasa memantau dan menguruskan paras air empangan dengan sebaik mungkin dan catuan air hanya akan dibuat sebagai langkah terakhir.
Pihaknya juga berharap, penduduk di kawasan yang sering terlibat dengan catuan air seperti di Pasir Gudang supaya jangan panik dan sentiasa berhemah menggunakan air.
Selain itu, Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan mempercayai info mengenai masalah air yang diviralkan menerusi media sosial seperti Facebook.
Maklumat lanjut mengenai status bekalan air boleh menghubungi Tol Free Line 1800-88-7474 atau emel ke customer.care@saj.com.my.
Bernama
Fri Mar 11 2016

Orang ramai supaya tidak mudah panik dan mempercayai info mengenai masalah air yang diviralkan menerusi media sosial seperti Facebook. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius - Laporan
Laporan oleh FAO dan WFP itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.

Terengganu sasar sektor pertanian sumbang 10 peratus kepada KDNK tahun hadapan - MB
Terengganu komited untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada kira-kira 10 peratus tahun hadapan.

Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.

Perubahan iklim punca tragedi banjir terburuk landa Brazil
Lebih 170 orang terbunuh dan hampir 580,000 kehilangan tempat tinggal selepas ribut dan banjir melanda Rio Grande do Sul bulan lalu.

El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.

Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.

Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.

El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.

Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.

Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.