KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai penganjuran skim cepat kaya atau skim yang menawarkan pulangan wang yang tidak masuk akal tanpa risiko bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Penolong Pengurus Besar Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kamarul Rozman Nordin berkata dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, pelbagai skim berkaitan muncul di platform media sosial dan iklan di laman sesawang tertentu dan menggunakan pendekatan seperti WhatsApp, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan panggilan telefon untuk berhubung dengan mangsa.
"Ada juga penganjur yang menggunakan nama syarikat yang sah dan mengklon syarikat atau entiti tersebut sebagai modus operandi mereka. Apabila penganjur mengatakan pulangan wang telah ada, helah mereka yang seterusnya, selalunya akan meminta mangsa membayar sejumlah wang seperti yuran dan sebagainya.
"Mereka akan menunjukkan pelbagai sijil kononnya sebagai bukti dan selepas mangsa membayar, penganjur ini akan lari dan mangsa akan gigit jari," katanya pada Siri Webinar Penipuan Kewangan: Skim Cepat Kaya: Dijanjikan Keuntungan Berganda, Biarlah Berpada anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) melalui laman Facebook Amaran Scam pada Rabu.
Katanya, walaupun mana-mana individu atau entiti boleh mendaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini tidak bermaksud ia bebas menawarkan apa-apa produk kewangan kerana memerlukan kelulusan, pendaftaran dan mendapat lesen daripada SC, contohnya melibatkan saham syarikat, bon, syiling kripto, ekuiti skim pendanaan awam dan sukuk.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menyedari bahawa tiada skim pelaburan sah yang memerlukan pelabur memindahkan wang ke akaun persendirian, sebaliknya hanya ke akaun rasmi entiti yang berlesen atau berdaftar dengan SC.
"Jangan sekali-kali pindahkan wang ke akaun individu walaupun penganjur itu menunjukkan kad perniagaan dan sebagainya sebagai bukti. Jika anda ragu-ragu, hubungi SC di talian 03-62048999 atau aduan@seccom.com.my," kata Kamarul.
Katanya orang ramai boleh merujuk aplikasi portal 'Semak Mule' PDRM untuk mengesahkan sama ada akaun bank dan nombor telefon yang digunakan telah dilaporkan kepada polis.
Semakan juga boleh dibuat menerusi BNM yang menyediakan Senarai Amaran Pengguna Kewangan (bnm.my/fca) dan SC melalui senarai Peringatan Pelabur (www.sc.com.my/investor-alert ) yang memaparkan entiti dan skim yang tidak mendapat kelulusan BNM dan SC.
Sementara itu, Timbalan Pengarah BNM Hasjun Hashim berkata pelaburan seperti dagangan mata wang asing dan pengambilan deposit wang daripada orang ramai hanya dibenarkan dibuat oleh bank-bank sahaja.
Beliau berkata pelaburan emas yang menggunakan modus operandi untuk mengambil dan menyimpan wang atau pulangan daripada pelabur juga memerlukan lesen kerana ia dianggap mengambil wang deposit daripada orang ramai.
Sehingga September tahun ini, katanya pihak BNM telah menerima lebih 2,000 panggilan berkaitan skim cepat kaya dan kerugian yang dianggarkan adalah melebihi RM10 juta berdasarkan laporan yang diterima.
"Sekiranya mana-mana individu atau pihak telah terjebak dan tertipu, laporkan segara kepada BNM atau SC dan polis jika berlakunya kehilangan wang.
"Anda juga disaran supaya mengambil setiap dokumen, resit/slip pembayaran dan sebarang bukti transaksi. Ini penting supaya pihak berkuasa dapat menyekat aktiviti penipuan terbabit, seterusnya menjalankan siasatan lanjut dan membuat tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan," kata Hasjun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
![Orang ramai diingat elak jadi mangsa penipuan skim cepat kaya Orang ramai diingat elak jadi mangsa penipuan skim cepat kaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631260872_scam.jpg)
Kamarul Rozman menasihatkan orang ramai supaya menyedari bahawa tiada skim pelaburan sah yang memerlukan pelabur memindahkan wang ke akaun persendirian.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721022524_FahmiFadzilSitiN.jpg)
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
![Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.
![Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720771583_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.
![Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720769828_Scam.jpg)
Polis tahan 18 disyaki terlibat penipuan Forex, sasar mangsa di Korea Selatan, AS
Seramai 18 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan dua hari lepas kerana disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian berkaitan forex.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian
Orang ramai perlu berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.
![Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717744068_latihanasaskepolis.jpg)
Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.
![Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716349668_Kereta.jpg)
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
![Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715747478_Google.jpg)
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.