KUALA LUMPUR: Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata taktik pengiklanan antaranya yang menggunakan kemewahan melampau itu, hanya sebagai rekaan untuk memperdaya mangsa menyertai skim pelaburan terbabit.
"Pelaburan (dalam laman sosial) tidak ada yang betul, kononnya video dan pelbagai taktik lain yang akhirnya membawa kepada penipuan.
"Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan wang, melaburlah dalam skim sah yang diluluskan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Sarjan Percubaan Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Ramli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian dua pemain badminton negara menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Isnin lepas, media melaporkan pemain beregu campuran profesional negara Lai Pei Jing, menjadi mangsa sindiket penipuan yang mengakibatkan dia hilang hampir semua wang simpanannya.
Kejadian sama turut menimpa bekas pemain beregu lelaki badminton negara, Tan Boon Heong yang mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga kerugian hampir RM2.5 juta.
Ramli berkata pihaknya sedang menyiasat kedua-dua kes terbabit dan perkembangan mengenainya akan dikongsikan dalam masa terdekat.
"Mereka ditipu dengan penipuan pelaburan dan siasatan masih diteruskan," katanya.
Terdahulu, seramai 247 sarjan percubaan menamatkan latihan asas kepolisan yang diterima mereka selama sembilan bulan bermula 10 Sept tahun lepas.
Ramli turut menasihatkan sarjan percubaan yang berjaya menamatkan latihan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya, susulan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi apabila mula bertugas di penempatan ditetapkan.
"Semua pihak sedang memerhati, kesedaran orang ramai juga semakin meningkat jadi (polis) tidak boleh buat (kerja) lebih kurang, sewenang-wenangnya salah guna kuasa atau mengamalkan rasuah...itu nasihat saya kepada mereka yang tamat latihan hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Ramli (dua, kanan) menyampaikan sijil bagi Anugerah Terbaik Keseluruhan Latihan kepada Sarjan Percubaan, Siti Fairuz Abdullah (kiri) di Pulapol hari ini. - Foto Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki didakwa tipu pembekalan emas, penawaran skim pelaburan 'Paddy Jewellery' tak wujud
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, termasuk menipu berhubung pembekalan emas dan penawaran skim pelaburan emas 'Paddy Jewellery' yang tidak wujud.

Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.

Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.

PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.

Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.

Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.

Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.

Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.