KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata kerugian itu merupakan yang terbesar setakat ini melibatkan individu dalam kes membabitkan skim pelaburan berkenaan.
"Lelaki berusia 60 tahun itu membuat laporan pada 30 Jan lepas di sebuah balai polis di Sentul dan berikutan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sejak November lepas, polis telah menerima 124 laporan daripada mangsa penipuan pelaburan itu di seluruh negara melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM90,364,463.08.
Hasil siasatan, polis mengenal pasti 73 syarikat, 83 akaun bank milik syarikat dan perniagaan serta satu akaun bank individu yang digunakan dalam penipuan ini.
Pada masa sama, Rohaimi menasihati mana-mana individu yang mungkin masih berurusan dengan skim pelaburan ini untuk menghentikan perkara itu dan membuat laporan di balai polis berhampiran untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
Orang ramai yang ingin membuat pelaburan dalam urus niaga mata wang kripto juga dinasihat membuat semakan kesahihan perkhidmatan itu sebelum berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Lelaki didakwa tipu pembekalan emas, penawaran skim pelaburan 'Paddy Jewellery' tak wujud
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, termasuk menipu berhubung pembekalan emas dan penawaran skim pelaburan emas 'Paddy Jewellery' yang tidak wujud.

Skim pelaburan di laman sosial taktik menipu - Pengarah JSJK Bukit Aman
Kebanyakan skim pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Telegram, adalah berbentuk penipuan serta tidak boleh dipercayai.

Boon Heong dedah turut ditipu RM2.5 juta
Tan Boon Heong berkongsi pengalaman pahit pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM2.5 juta.

PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.

Pengurus syarikat berputih mata rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 58 tahun itu pada mulanya telah mengenali seorang wanita yang menggunakan nama samaran, Amy di aplikasi WeChat.

Bekas remisier didakwa tipu pelabur, terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen
SC mendakwa seorang bekas remisier, Peter Chuah Hock Heng atas tuduhan menipu pelabur dan terlibat dalam aktiviti pasaran modal tidak berlesen.

Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.

Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penghantar makanan terpaksa berputih mata apabila kerugian RM82,000 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud.