KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan itu, polis menahan seramai 11 individu berusia 38 hingga 56 tahun yang menjadi pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, agen serta sukarelawan pertubuhan itu.
"Siasatan awal mendapati sindiket penipuan yang berselindung di sebalik Pertubuhan Amal Kita Kinta, Perak itu beroperasi sejak awal tahun lepas dengan menjanjikan pulangan seekor ayam kampung atau RM13 sebulan bagi setiap pelaburan berjumlah RM250 yang dibuat mangsa.
"Pelabur akan memasukkan wang pelaburan mereka dalam akaun bank milik pertubuhan terbabit, bagaimanapun bermula Sept 2023, pelabur-pelabur tidak lagi menerima keuntungan dijanjikan dan polis menerima 85 laporan polis di seluruh negara," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam serbuan itu, beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 13 buah kenderaan mewah, 13 utas rantai emas, dua cincin emas, 20 telefon pintar, 17 komputer riba, lapan buku cek, 37 keping kad bank dan 71 set pelbagai dokumen selain 2,143 ekor biri-biri.
Susulan itu, polis membekukan 34 akaun bank dan Unit Amanah dengan nilai keseluruhan RM6.5 juta milik pertubuhan berkenaan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Ramli berkata polis menahan seramai 11 individu berusia 38 hingga 56 tahun yang menjadi pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, agen serta sukarelawan pertubuhan itu. - Gambar fail

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

Johor tambah 80 hektar sawah, tingkatkan pengeluaran padi negara
Kerajaan negeri menyasarkan penambahan kawasan sawah baharu seluas 80 hektar tahun ini dan tahun depan, dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan menyumbang kepada peningkatan SSR padi negara.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Pantau Agenda Reformasi: Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia?
Perbincangan mengenai Cip AI buatan Malaysia, sejauhmana kita bersedia? Di dalam Pantau Agenda Reformasi bersama Prof Dr Amir Akramin Shafie, Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan) UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Mac 2025
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas
1️⃣ Dewan Rakyat labuh tirai, 10 RUU diluluskan
2️⃣ Enam jenis ubat dirampas dari rumah Ridz Okumura
3️⃣ Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat sindiket
#awaniringkas

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam

Eksploitasi kanak-kanak: PDRM pantau Global Ikhwan, terima 4 laporan polis di Selangor
Sebuah pertubuhan yang disiasat polis berhubung dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak antara lapan kumpulan yang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan ayam kampung pertubuhan amal
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.

Yusuf Islam bakal wujudkan 'Peace Train' di Malaysia
Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

Gandingan NGO, hospital kerajaan beri manfaat kepada masyarakat
Sejak 1998, kerjasama antara PCAKK dan Unit Penjagaan Paliatif Hospital Queen dalam menyediakan penjagaan dari hospital ke rumah memberi manfaat kepada lebih 3,500 pesakit dan keluarga mereka.