GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini mendakwa berasa tidak selesa dengan bau busuk dan keadaan kotor di jalan utama ke penempatan mereka ekoran longgokan sampah daripada pusat pelupusan sampah berhampiran laluan itu.
Penghulu Kampung Pasir Linggi Harun Ismail berkata beberapa aduan telah dikemukakan terhadap pihak berwajib berkenaan longgokan sampah yang hampir menutup jalan utama di Kampung Sungai Sam itu, namun masih tiada penyelesaian.
"Kami berdepan masalah sampah yang diletakkan di merata-rata tempat sehingga melimpah di atas jalan masuk ke kampung.
"Masalah longgokan sampah ini bukan sahaja berlaku selepas musim perayaan tetapi juga pada hari biasa dan saya pernah merakam gambar keadaan sampah dilonggok pada Februari lepas.
"Keadaan ini masih berterusan sehingga hari ini," katanya kepada pemberita di tapak pelupusan sampah berkenaan hari ini.
Menurut Harun, penduduk sememangnya mengetahui kawasan bersebelahan jalan itu ialah tapak pelupusan sampah yang telah wujud sejak 20 tahun lepas, namun keadaan sampah yang melimpah sehingga ke tengah jalan menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Seorang penduduk, Jamal Alias, 42 berkata mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah bau dan pemandangan, malah longgokan sampah di kawasan tepi jalan itu juga menyebabkan pencemaran udara memandangkan pembakaran sampah secara terbuka turut dilakukan di kawasan terbabit.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh Amran Arifin mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada penduduk Orang Asli berkaitan masalah sampah itu baru-baru ini.
Beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan perbelanjaan untuk membersihkan jalan itu selain menebas semak-samun di kawasan tersebut untuk kemudahan dan keselamatan pengguna laluan.
"Kerja pembersihan laluan sepanjang sembilan kilometer itu akan bermula Khamis ini dan dijangka selesai dalam masa tiga hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

Harun berkata beberapa aduan telah dikemukakan terhadap pihak berwajib berkenaan longgokan sampah yang hampir menutup jalan utama di Kampung Sungai Sam itu, namun masih tiada penyelesaian. -Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.

Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.

Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.

Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.

Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.