GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di daerah ini mendakwa terpaksa membeli beras pada harga tinggi seperti ditetapkan oleh peruncit.
Orang Asli suku kaum Temiar Anglah Angah, 41, yang tinggal di Kampung Kelaik, Pos Blau berkata beliau merupakan antara penduduk yang terkesan dengan harga barangan mahal yang dikenakan kepada pembeli di kawasan pedalaman.
Anglah berkata disebabkan tidak tahan dengan harga yang tinggi, adakalanya beliau terpaksa keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan asas.
"Di kampung harga 10 kilogram (kg) beras mencecah sehingga RM50 lebih, beras 5 kg dijual dengan harga mencecah RM20, manakala sepeket gula pula dijual pada harga RM5.
"Ahli keluarga saya seramai lapan orang jadi 10 kg beras hanya boleh tahan untuk seminggu sahaja. Hari ini saya menempuh perjalanan hampir 100 kilometer dengan motosikal untuk datang ke bandar Gua Musang mendapatkan beras yang lebih murah hanya RM39 untuk 10 kg," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, di sini.
Menurut seorang lagi penduduk, Along Uda, 30, penduduk yang majoriti bekerja kampung dan mencari hasil hutan semakin tertekan dengan harga barangan yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
"Kebanyakan penduduk di kampung ini menjual buluh di Blue Valley, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) dengan harga RM0.50 sebatang. Harga buluh semakin murah tetapi harga beras dan makanan lain semakin naik.
"Kita memang terhimpit dengan keadaan sekarang kerana kami bergantung makanan asas dengan beras kerana ubi kayu sudah tiada sebab kawasan kebun sekarang sudah menjadi ladang Musang King," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang, Zamzani Harun berkata pihaknya telah mendapat aduan secara lisan dari penduduk Orang Asli yang rata-ratanya tinggal di kawasan pedalaman mengenai harga barangan yang tinggi di penempatan mereka.
"Mereka mengadu harga beras naik mendadak dan penduduk yang tinggal di pedalaman ini meminta Gerakan Pengguna supaya memantau harga di kawasan terbabit.
"Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya melakukan lawatan dan penyiasatan.
"Saya harap kenaikan harga makanan asas ini tidak berpanjangan dan kerajaan dapat menangani isu ini untuk membolehkan pihak pemborong dan peruncit memberi harga berpatutan kepada pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Orang Asli suku kaum Temiar Anglah Angah, 41, mengambil peluang membeli beras tempatan yang dijual disebuah pasaraya di Bandar Gua Musang di Gua Musang. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.

Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.