Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands semalam, akan disambung esok, kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor.
Ini berikutan dua kren berat yang dibawa dari ibu negara untuk menarik keluar bangkai bas itu hanya akan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 malam ini.
"Pergerakan kedua-dua kren ini sangat perlahan iaitu lebih kurang 5km sejam, dalam keadaan mendaki bukit.
"Walaupun kren itu sampai malam ini, operasi menaikkan bangkai bas hanya akan disambung esok pagi disebabkan faktor keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kerja untuk membawa keluar bas berkenaan dari gaung itu hari ini telah dihentikan kira-kira pukul 2.30 petang.
Pada masa ini, sebuah kren berat telah sedia ada di lokasi nahas tetapi tidak mencukupi untuk menjalankan kerja mengeluarkan bangkai bas itu yang terhumban kira-kira 60 meter ke dalam gaung.
Kejadian di KM3.5 Jalan Genting Highlands petang semalam mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas dan mengakibatkan 16 yang lain cedera, sekaligus menjadikannya nahas bas terburuk di negara ini.
Sementara itu, usaha mengenal pasti punca nahas ngeri yang berlaku berhampiran pusat peranginan puncak bukit itu turut dilakukan menggunakan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) milik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Pesawat itu diterbangkan buat pertama kali pada pukul 9 pagi selama lebih kurang 15 minit dari puncak Genting Highlands ke lokasi kemalangan sejauh kira-kira 3.4km, dan kali kedua pada pukul 10.15 pagi.
Jurupandu UAV Fhirdaus Shamsuddin berkata sistem pesawat buatan Jerman itu, yang dibeli kira-kira dua tahun lepas, merupakan satu daripada dua model UAV berbentuk quadcopter yang dilengkapi sistem kamera digital dan satelit penentu arah (GPS).
"Menerusi penerbangan yang dilakukan hari ini, kami berjaya mengambil gambar-gambar yang melibatkan lokasi nahas dan kedudukan bas malang itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi nahas.
Fhirdaus, 26, membuat penerbangan dari unit kawalan mobil yang merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan pelbagai sistem sokongan serta paparan kristal cecair (LCD), yang memaparkan imej dari kamera jenis GoPro yang dilengkapi pada pesawat UAV itu.
Menurutnya Miros sudah menggunakan sistem UAV tersebut di 15 lokasi kemalangan tetapi tragedi bas semalam merupakan nahas paling besar yang menggunakan khidmat pesawat itu untuk menyiasat punca kejadian.
Bernama
Thu Aug 22 2013
![Operasi keluarkan bangkai bas nahas ditangguh ke esok Operasi keluarkan bangkai bas nahas ditangguh ke esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51377130371_295x200.jpg)
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734902978_PriyanthaWeerasoori.jpg)
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
![Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726115239_AhmadZahidHamidi.jpg)
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
![12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir 12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728950747_Egypt.jpg)
12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
![Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723715689_MRT.jpg)
Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714444528_Pesaratenterajpg.jpg)
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
![Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712591364_DatukLokmanJamaan.jpg)
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
![Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712567072_Kemalangan.jpg)
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
![Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712462265_pelajarUniversiti.jpg)
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
![32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir 32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440220003_carcrash.jpg)
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.