Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di 12 lokasi di lima negeri di Semenanjung pada hari keenam pada Sabtu telah berjaya menghasilkan hujan di dua kawasan iaitu di Padang Besar dan Beris, Kedah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bagaimanapun, operasi yang turut dilakukan di Empangan Muda, Pedu dan Ahning di Kedah, Empangan Air Hitam dan Teluk Bahang (Pulau Pinang), Empangan Bukit Merah (Perak), Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan (Melaka) serta Empangan Gemencheh (Negeri Sembilan) telah gagal menghasilkan hujan.
"OPA akan diteruskan hari ini (Ahad) dan esok (isnin) di semua kawasan terbabit serta diharap akan berhasil di kebanyakan kawasan," katanya kepada Bernama di sini hari Ahad.
Shahidan yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah berkata paras air di Empangan Timah Tasoh yang direkodkan setakat 5 petang tadi telah menyusut sebanyak 0.02 meter kepada 26.15 meter berbanding 26.17 meter semalam.
Bernama
Sun Apr 17 2016
![OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459988837_EmpanganBeris.jpg)
Empangan Beris menerima hujan selepas operasi pembenihan awan berjaya dilakukan. - Gambar fail
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917654_TBGiatMara.jpg)
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
![OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459988837_EmpanganBeris.jpg)
OPA hasilkan hujan di Beris dan Padang Besar pada hari keenam operasi
Operasi pembenihan awan yang turut dilakukan di beberapa lokasi di empangan lain di Kedah, Perak Melaka dan Negeri Sembilan bagaimanapun gagal menghasilkan hujan.