SHAH ALAM: Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan kepada prestasi perkembangan KDNK negeri, ekonomi Selangor telah berkembang sebanyak RM103.9 bilion sejak tahun 2017, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 25.59 peratus selepas pentadbirannya mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pada 2018.
Beliau berkata kejayaan itu dan pengiktirafan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perlu dijadikan pemangkin untuk meningkatkan lagi kedudukan ekonomi negeri, agar dapat mencapai pertumbuhan yang mampan.
"Ini termasuk meningkatkan prestasi ekonomi di peringkat daerah, prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan, mencari solusi mampan kepada cabaran perubahan iklim, menjamin kualiti infrastruktur sentiasa cekap, serta rejuvenasi bandar matang, supaya negeri ini bukan sahaja maju tetapi berdaya huni.
"Hanya dengan pendekatan ini dapat kita terus meyakinkan pelabur tempatan dan luar negara bahawa negeri Selangor mampu terus menjadi negeri pelaburan pilihan utama di Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Amirudin dalam kenyataan sama turut merakamkan penghargaan kepada barisan pentadbiran, komuniti pelabur dan tenaga kerja di Selangor, yang telah menyumbang kepada prestasi membanggakan itu.
Terdahulu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengumumkan Selangor mencatatkan pertumbuhan ekonomi tertinggi pada tahun 2023, dengan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun 2022, mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional.
Mohd Uzir berkata Selangor merupakan satu daripada empat negeri yang berjaya melepasi pertumbuhan ekonomi paras nasional, diikuti Pahang, Johor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Amirudin turut merakamkan penghargaan kepada barisan pentadbiran, komuniti pelabur dan tenaga kerja di Selangor, yang telah menyumbang kepada prestasi membanggakan itu. - Foto fail/BERNAMA
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.