JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 11,472 individu atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis di seluruh negeri bermula 1 Januari hingga Rabu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Op Tapis dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melibatkan tindakan ke atas semua aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan panas atau 'hotspot'.
Antaranya jeti-jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR), 'port' penagih dan kawasan Felda.
"Sepanjang operasi, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.
"Daripada jumlah yang ditahan itu seramai 10,692 individu terdiri daripada lelaki dan 780 individu wanita berusia 13 hingga 70 tahun atas kes bekalan (2,240 orang), memiliki dadah (3,912) dan penagih dadah (5,320). Turut ditahan, 3,100 individu berstatus orang dikehendaki.
"Selain itu, seramai 195 orang yang dikategorikan sebagai tokan dadah. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 136 individu bagi tempoh yang sama pada tahun lalu," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, menerusi operasi yang sama, sebanyak 2.94 tan dadah bernilai RM12.43 juta berjaya dirampas.
"Dadah yang dirampas terdiri daripada 62.22 kilogram (kg) heroin 118.87 kg, syabu (114.78kg), ketamin (18.42 kg), pil erimin 5 (54,084 biji), pil yaba (3,974 biji), pil ekstasi (20,900 biji), serbuk ekstasi (35.17 kg), daun ketum ( 984.07kg), air ketum (16,743 liter), pil nospan (306 biji), serbuk dadah (267.30 kg) dan magic mushroom (18.18 kg).
"Turut disita harta sindiket dadah bernilai RM7.5 juta," ujarnya.
Tegas Kamarul Zaman, JSJN Johor komited memerangi musuh utama negara ini dan mengekang penyeludupan dadah ke negara jiran melalui tindakan bersepadu dengan tumpuan kawasan perairan pantai yang menjadi lokasi transit penyeludupan dadah.
Justeru itu katanya, orang ramai digesa menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah yang berlaku ke hotline JSJN di talian 012-2087222. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022

Sepanjang operasi, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.

Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan
Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu.

Anggota polis terima tujuh jahitan bergelut ketika Op Tapis
Mangsa berumur 28 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Op Tapis: Warga Thailand antara 233 individu ditahan bersama lebih 10kg ganja
Polis Kelantan menahan 233 individu termasuk dua wanita sepanjang tiga hari Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas, bermula Rabu hingga semalam.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.

11,472 individu ditahan atas kesalahan dadah di Johor
Sepanjang operasi tersebut, seramai 23,973 individu diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Op Tapis: 11,472 ditahan, dadah 2.94 tan dirampas
Sepanjang operasi, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Op Tapis: Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op