ALOR SETAR: Polis Kota Setar berjaya menahan 21 individu selepas menyerbu ‘sarang’ penagihan dadah dalam Op Tapis yang dijalankan di sekitar KEDA Batu 13, Pokok Sena dan Kepala Batas di sini bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam operasi khas itu, kesemua penagih berusia 31 hingga 56 tahun itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar kawasan rumah tinggal dan semak berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian dan pengedaran dadah secara kecil-kecilan.
“Malah melalui operasi ini, kita telah berjaya menangkap suspek yang sememangnya dikehendaki kerana terbabit dalam kesalahan dadah dan pelbagai jenayah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
.
Ahmad Shukri berkata, semua yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, antara yang turut dirampas dalam operasi itu, dadah jenis Heroin seberat 1.26 gram.
Menurut Ahmad Shukri, operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih yang sering berlegar di kawasan kejiranan tersebut sekali gus mengekang kesalahan jenayah.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 11 2023

Antara individu yang ditahan dalam Op Tapis pada Selasa. - Foto PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 18 lelaki ditahan
Kesemua yang berusia lingkungan 23 hingga 55 tahun itu ditahan menerusi Op Sarang kira-kira pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang
Kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.