ALOR SETAR: Polis menahan 22 penagih selepas menyerbu kawasan semak yang dipercayai sarang penagihan dadah di Gunung Keriang di sini pada Rabu.
Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan serbuan menerusi Op Sarang pada jam 6.30 pagi hingga 1 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri Mat Akhir berkata, kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.
“Hasil semakan juga mendapati mereka yang ditahan adalah dari sekitar Alor Setar yang datang ke kawasan Gunung Keriang itu semata-mata untuk menagih dadah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Ahmad Shukri berkata, dalam operasi itu seorang daripada mereka yang ditahan berusia 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar 23.15 gram heroin, tiga lagi disiasat bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 serta selebihnya disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
"Daripada jumlah tersebut, enam orang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39(C) ADB 1952 iaitu penalti lebih berat kerana telah melakukan kesalahan berulang sebanyak dua kali di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
"Mereka berdepan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun selain boleh dikenakan satu hingga tiga kali sebatan," katanya.
Katanya, seorang daripada mereka juga adalah orang yang dikehendaki polis di bawah kesalahan Seksyen 379A Kanun Keseksaan di daerah Kubang Pasu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 09 2022

Seramai 22 penagih yang ditahan dalam serbuan Ops Sarang di Gunung Keriang pada Rabu. - Foto IPD Kota Setar

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 18 lelaki ditahan
Kesemua yang berusia lingkungan 23 hingga 55 tahun itu ditahan menerusi Op Sarang kira-kira pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang
Kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.