JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seramai 11,472 individu atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis yang dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh 1 Jan hingga Rabu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi ini dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melibatkan kawasan panas atau 'hotspot' antaranya jeti-jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR), 'port' penagih dan kawasan Felda.
Beliau berkata sepanjang operasi tersebut, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.
"Daripada jumlah yang ditahan itu seramai 10,692 individu terdiri daripada lelaki dan 780 individu wanita berusia 13 hingga 70 tahun atas kes bekalan (2,240 orang), memiliki dadah (3,912) dan penagih dadah (5,320).
"Turut ditahan, 3,100 individu berstatus orang dikehendaki. Seramai 796 orang yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dalam pada itu, seramai 195 tokan dadah turut ditahan dalam tempoh sama iaitu peningkatan sebanyak 43.38 peratus berbanding 136 orang dalam tempoh sama, tahun lepas.
Katanya, penahanan ke atas tokan dadah itu dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 selain turut dikenakan perintah tahanan dan sekatan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak.
Tambahnya, tindakan itu dapat mengurangkan aktiviti penyalahgunaan dadah dengan mengeluarkan pengedar serta penagih dadah dari kelompok masyarakat melalui tindakan pemenjaraan untuk tempoh antara lima hingga tujuh tahun.
Beliau berkata dalam operasi yang dijalankan itu, sebanyak 2.94 tan dadah bernilai RM12.43 juta berjaya dirampas.
"Dadah yang dirampas terdiri daripada 62.22 kilogram (kg) heroin 118.87 kg, syabu (114.78kg), ketamin (18.42 kg), pil erimin 5 (54,084 biji).
"Turut dirampas pil yaba (3,974 biji), pil ekstasi (20,900 biji), serbuk ekstasi (35.17 kg), daun ketum (984.07kg), air ketum (16,743 liter), pil nospan (306 biji), serbuk dadah (267.30 kg) dan magic mushroom (18.18 kg) manakala harta sindiket dadah bernilai RM7.5 juta turut di rampas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi yang dijalankan itu, sebanyak 2.94 tan dadah bernilai RM12.43 juta berjaya dirampas. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Rabu.

Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.

Polis Johor tumpaskan 16 sindiket edar dadah
Polis Johor berjaya menumpaskan 16 sindiket pengedaran dadah dengan 98 tangkapan di negeri ini, sepanjang tahun lalu.

Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Polis terima tiga laporan "scam" babit kerugian lebih RM1 juta
Polis menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan "phone scam" melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1.41 juta pada Rabu lepas dan semalam.

Polis Johor terima tiga laporan penipuan, kerugian lebih RM1 juta
Polis Johor menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan 'phone scam' melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1 juta.

Ketua Polis Johor jadi sasaran scammer
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengakui pernah cuba diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa baru-baru ini.

Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.

153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.