JOHOR BAHRU: Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bermula Jumaat lepas hingga semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 66 tahun terdiri daripada 125 lelaki dan 28 perempuan.
"Daripada jumlah tersebut, 115 daripadanya adalah lelaki warga tempatan manakala 10 lagi adalah warga asing. Seramai 19 wanita warga tempatan ditahan dan sembilan lagi adalah wanita warga asing.
"Dalam tempoh tersebut, kita juga telah merampas 163 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 61 pencetak mudah alih serta wang tunai berjumlah RM32,699," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata premis yang terlibat sedang dalam proses permohonan pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik namun masih menunggu kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman sebagaimana diperuntukan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) dan 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM 50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.
Kamarul Zaman turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan judi dalam talian kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-2212999 atau 07-2254677.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 66 tahun terdiri daripada 125 lelaki dan 28 perempuan. - Gambar fail/Bernama
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Polis beri amaran keras tidak hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama.
Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.
Peniaga rugi lebih RM50,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah melihat iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dan kemudian menghubungi seorang individu melalui aplikasi Telegram.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.