IPOH: Berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit dan eksesori telefon, namun sebenarnya menjual loteri awam tanpa lesen, 13 premis di sekitar Ipoh menerima padah apabila bekalan elektrik premis tersebut dipotong dalam Op Dadu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan premis di sekitar Ipoh itu juga menjual tambah nilai judi dalam talian telah digempur dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Sepanjang dua minggu operasi dijalankan, kita telah menyerbu 23 premis di sekitar Ipoh dan pemotongan bekalan elektrik telah dilakukan setelah didapati menjalankan aktiviti haram itu.
"Daripada jumlah ini, ada premis yang pernah diserbu dua atau tiga kali namun didapati masih degil dan meneruskan kegiatan ini secara bersembunyi dan kita telah buat satu tangkapan hari ini serta membuka siasatan di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam sidang media selepas serbuan ke sebuah premis perniagaan di Taman Jati, dekat Jelapang di sini hari ini.
Yahaya berkata polis memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan sebarang penganjuran aktiviti perjudian.
"Pemilik premis terutama bangunan kedai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mengenal pasti latar belakang penyewa agar premis mereka tidak digunakan untuk aktiviti perjudian.
"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menjalankan kegiatan ini dengan menjadikan premis mereka sebagai tempat menjual tambah nilai judi dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Anggota polis menahan seorang individu yang disyaki terlibat dalan sindiket judi atas talian pada Operasi Op Dadu di sekitar Jelapang hari ini. - Foto Bernama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan
Polis menahan 21 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah Kuantan semalam.
Op Dadu: Polis, TNB gempur premis judi, potong bekalan elektrik
13 premis di Ipoh menerima padah apabila bekalan elektrik premis dipotong dalam Op Dadu kerana didapati menjual loteri awam tanpa lesen.
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Tiga remaja ditahan ketika bertaruh judi
Mereka ditahan ketika baru satu jam memulakan pertaruhan judi dalam talian secara langsung melalui melalui aplikasi WeChat.
Sindiket judi kaut keuntungan hampir RM1 juta tumpas
Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu.
Polis serbu kondo judi dalam talian, 9 ditahan
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium mewah di Subang Jaya.
38 ditahan dalam Op Dadu di Sungai Petani
Seramai 38 warga tempatan ditahan dalam Op Dadu membanteras judi ekor tanpa lesen susulan serbuan ke atas 28 premis di beberapa taman perumahan di Sungai Petani, Kedah, pada Ahad.