KUANTAN: Polis menahan 21 individu termasuk 10 wanita dan tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mereka yang ditahan berusia 17 hingga 51 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan remaja terlibat tidak bersekolah, manakala tiga warga Indonesia tidak mempunyai dokumen sah.
"Polis turut merampas wang tunai RM5,319, telefon bimbit, modem dan router serta kertas mengandungi angka dan huruf dipercayai digunakan dalam kegiatan itu daripada suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata operasi selama dua jam bermula 6 petang semalam itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Mereka yang ditahan berusia 17 hingga 51 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan remaja terlibat tidak bersekolah.- Gambar hiasan/Bernama
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan
Polis menahan 21 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah Kuantan semalam.
Op Dadu: Polis, TNB gempur premis judi, potong bekalan elektrik
13 premis di Ipoh menerima padah apabila bekalan elektrik premis dipotong dalam Op Dadu kerana didapati menjual loteri awam tanpa lesen.
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Tiga remaja ditahan ketika bertaruh judi
Mereka ditahan ketika baru satu jam memulakan pertaruhan judi dalam talian secara langsung melalui melalui aplikasi WeChat.
Sindiket judi kaut keuntungan hampir RM1 juta tumpas
Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu.
Polis serbu kondo judi dalam talian, 9 ditahan
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium mewah di Subang Jaya.
38 ditahan dalam Op Dadu di Sungai Petani
Seramai 38 warga tempatan ditahan dalam Op Dadu membanteras judi ekor tanpa lesen susulan serbuan ke atas 28 premis di beberapa taman perumahan di Sungai Petani, Kedah, pada Ahad.