Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik program coding (pengekodan) yang bakal dijadikan sebahagian daripada silibus dalam kurikukulum sekolah rendah dan menengah di sekolah kebangsaan, bermula tahun depan.
Menurut Presidennya, Hashim Adnan, langkah ini akan menjadikan Malaysia setanding negara luar seperti India, China dan Rusia dalam melahirkan pakar pengekodan dan perisian.
Hashim berkata pengekodan sudah lama diterokai pelajar sekolah rendah dan menengah ketika ini, namun ia masih belum meluas.
Ramai antara mereka yang menimba ilmu sendiri melalui internet dan rakan-rakan.
Dengan adanya silibus pengekodan di sekolah, ia sekali gus dapat memberi peluang kepada pelajar agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia siber.
"Pengekodan ini sangat penting dalam dunia pendidikan siber dan kalau kita tak ajar generasi yang ada hari ini dengan pelajaran tesebut masyarakat kita akan ketinggalan dalam dunia pengekodan ini.
“Apa yang dilakukan kementerian bagi sistem pendidikan kita tahun depan, adalah sangat baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, memaklumkan bahawa pengekodan komputer akan menjadi sebahagian daripada subjek sains komputer dan diserapkan ke dalam pedagogi pengajaran, khususnya subjek sains dan matematik.
MDEC kini sedang bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk membangunkan pembelajaran pengekodan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Ia akan mula diperkenalkan tahun depan dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2019.
Azyyati Ahmad
Tue Jul 19 2016
![NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41468911855_HashimAdnan.jpg)
Langkah ini, kata Hashim (gambar), akan menjadikan Malaysia setanding negara luar seperti India, China dan Rusia dalam melahirkan pakar koding dan perisian. - Foto Bernama
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739432202_tbStevenSimPTPK.jpg)
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41468911855_HashimAdnan.jpg)
NUTP sambut baik mata pelajaran pengekodan di sekolah
NUTP menyambut baik program pengekodan yang bakal dijadikan sebahagian daripada silibus dalam kurikukulum sekolah.
![Cadangan ambil guru Bahasa Inggeris dari India perlu diperhalusi Cadangan ambil guru Bahasa Inggeris dari India perlu diperhalusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/71356163241_295x200.jpg)
Cadangan ambil guru Bahasa Inggeris dari India perlu diperhalusi
Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.